Iftar Bersama Master Haji Roslan

Salam sejahtera sekali lagi. Tadi cerita pasal pergi event Planta. Sekarang ni pula, kami nak cerita dan share sedikit tentang event Iftar malam bersama orang kuat Shaklee, Tuan Haji Roslan, Master paling hensem dalam sejarah Shaklee (walaupun ada master lain yang muka macam Anuar ZainUL:). Dengan panggilan Mommy Hadhatina, sepatutnya master kena ajak key coordinator ke atas, tapi Alhamdulillah, kami bersama puan Rama Rama Nurul dapat join sekali. Aura kesedapan nasi arab dan Master lain pun ada. Sempat juga bergurau senda dengan Master Yusri, suami kepada Master Farah Waheeda. Hoo, dapat jumpa orang lama best woo.









IFTAR DI RESTORAN AL RAWSHA
Kali ini kami berbuka puasa di Restoran Al Rawsha, jalan kampung pandan , Kuala Lumpur. Kena masuk bandar raya lah, aku pun tak berapa tahu jalan ni, kami ikut MKB je dari belakang. Hidangan nye memang menarik, sebab kat sini, semuanya Nasi Arab, arabian food. Hoo, makan tak ingat juga, dengan roti, ada sup cendawan, belasah sampai lembam kalau yang ambil buffet. Kat level atas pula disediakan hidangan ala-carte. Siap boleh jumpa lak sepupu aku Kak Shikin dan Abg Rizal. Katanya diorang dah biasa duduk ulang alik Tanjung Malim. Hooo. Oklah surau pun selesa, walaupun kecil. Oklah, ini info serba sedikit tentang Restoran Al Rawsha ni.

RAHSIA MURAH REZEKI
Alhamdulillah, sepanjang perkongsian Master Haji Roslan dan Master Salwa, mak mertua kak Norita, banyak juga tips murah rezeki yang dikongsikan bersama kami yang baru je nak naik. Orang lama, memang gila, semua kesusahan telah ditempuhi. Tiada internet, tapi hati tetap utuh dan kental. Bak kata Haji Roslan, dia still setia bersama Shaklee, walaupun tahu, masa tu Shaklee tengah jatuh, dan MLM lain pula ada yang lebih menguntungkan. Jadi beberapa point yang sempat saya kutip masa Iftar semalam ialah

  1. Rezeki Allah NO LIMIT - hahaha, tinggal kita je kena usaha, 
  2. Jaga HAK ALLAH - yang ni kalau nak murah rezeki, kenalah buat apa yang Allah suruh. 
  3. Jujur - jujur tu penting, teringat pulak kisah seorang master yang sanggup pulangkan satu sudu hotel dari miri ke semenanjung, sudu kecil je pun. 
  4. Zakat - jangan kedekut zakat, Haji Roslan asyik cerita ada master tu zakat sampai RM 60000, hoo banyak tuhh. 
  5. Dare To Fail - yang ni, ada seorang master tu, pun berani perjuangkan umrah dulu, sampai hampir nak kena penjara katanya hahaha. Alhamdulillah, berkat usaha dia, Shaklee dah tawarkan pakej Umrah.

Comments

Post a Comment

Popular Posts