Cara Saya Berjaya

Tentu sekali keyword ini masuk ke dalam blog aku ? hoo, ini sudah bagus, tentu sekali orang tanya saya, hahaha, takkan dia nak tanya saya pulak, cara saya berjaya. Tapi nak buat macam mana, sekali orang dah tanya nak tak nak saya aka share cara saya berjaya. Berjaya apa ye, hmmm, berjaya dalam hidup rasanya. Oklah, saya nak share sekali lagi, beberapa tips berjaya dari saya. Tentunya anda akan terkejut dan seterusnya mengatakan En Faiz, jadilah mentor saya (hahaha yang ni mode berangan nak jadi Dr Azizan Osman).


cara buat business yang betul



1) AMALAN ROHANI

Yang ni sebagai umat Islam, atau yang beragama, buatlah betul-betul, kenalah istiqamah. Sebelum ni, saya ada share 4 amalan murah rezeki, senang je kan nak buat, tapi nak istiqamah tu memang susah lah, kekadang tak jadi, kelaut, buang masa banyak, banyak cakap, adui. Takpa-takpa, kita praktis betul-betul, kita belajar dengan alim ulamak dan sebagainya. InsyaAllah

2) TERUSKAN USAHA

Saya tak suka perkataan NEVER GIVE UP !!! sebab ada perkataan NEVER tu, adui, pening sikit, takpa, apapun yang korang buat, sama ada business, belajar, kerja, cangkul tanah, petani moden, semuanya boleh. Zaman sekarang ialah zaman di mana duit akan datang pada orang yang ada passion, bukannya orang yang terpaksa buat. hmmm, boleh percaya ka ? Lagi satu, rajin - rajinlah tolong orang, tentu murah rezeki.

3) MEMBACA DAN MEMBACA

Baca, baca, baca, kaji, kaji, mengaji, sampai saya sekarang masih pening kepala dengan Phd saya. Tapi takpa, kuatkan niat korang. Rajin rajin belajar, membaca buku, buat kajian, pergi belajar seminar sana sini, seminar perniagaan, rahsia wanita ke, buat kek ke, macam macam ilmu diluar sana . Pergi geladah ilmu Allah yang luas ini.

4) FESYEN

Hahhaa, yang ni nampak pelik, tapi saya suka yang kemas dan simple. Tentunya saya suka seluar hitam slack. Saya memang tak pakai seluar jeans, itulah rahsia kejayaan saya sampai sekarang. So lagi pulak, pasal kasut, saya memang suka pakai kasut yang bagus-bagus. Tentu korang pening nak berfesyen kan ? takpa, korang pergi kat Zalora, kat sana banyak pilihan, pakaian muslim, kasut sport dan sebagainya, memang best wooo. So shopping zalora pun senang, online, tap tup tap tup, barang dah sampai depan rumah. Oklah tuan puan, nanti saya sambung lagi tajuk yang power lagi perasan ni, "Cara Saya Berjaya" Oklah marilah kita berjaya dan berjaya, kaya dan berjaya. OK kita berjumpa lagi.

Comments

Popular Posts