Bila Nak Buat Diet

Nak masuk 2 hari berpuasa, badan masih tak biasa lagi, adui, tapi haritu dah berangan nak diet, diet, diet, hoo, nampaknya, semua orang pasti nak diet dengan best bila berpuasa. Soalannya, boleh ke berat badan turun masa berpuasa ? Jawabnya , memang pun turun, tapi kenalah jaga-jaga sikit, sebab ada benda yang kekadang kita terlepas pantang. Jom kita tengok sikit apa yang menarik tentang diet ini. 


bila diet ni jadi susah sampai malas nak buat dah



NAK JIMAT DUIT

Bila nak diet je, nak puasa sunat je, mulalah kawan kata macam-macam, nak jimatlah apalah, sebenarnya kita dah syok nak kurangkan makan. Tapi tulah, takut mula-mula dah ok, tapi time kawan ajak makan, barulah menggelupur nak ikut, hahaha, time gaji, member ajak makan, semuanya laju je.

LEMAK ATAU OTOT ?

Yang ni macam biasalah, siapa yang suka diet berlapar, mula-mula tu turun, tapi lepas tu makan balik, naik balik. Yang nilah orang kata diet YOYO, sebab masa lapar tu, bukannya lemak yang terbakar, tapi jisim otot yang berkurang. Tak bagus macam tu, kalau nak bagus, kenalah kekalkan jisim otot tu, sebab tu orang bina badan pentingkan otot. Walaupun BMI dia lebih, tapi dari segi sihat, diorang lebih sihat. 

WAIST TO HIP RATIO (WHR)

Antara sukatan badan paling penting, perut lah jawabnya, aku pun dah terasa sikit, perut dah boroi ni, memang nak kena jaga. Bak kata pakar, perut boroi lagi bahaya, sebab boleh menyebabkan sakit jantung. Sebab tu, pakar senaman cakap kena buat senaman kardio bila nak kuruskan badan, hmmm, nampak macam ada kaitan, walaupun senaman tu takdalah seratus peratus tumpu kepada perut. Jadi rajin rajin angkat dumbell lepas ni. Buat yang rajin, jom pergi gym, lepas tu pergi masjid.

NAK TURUN PADANG

Hehe, semangat dah tuh, beli kasut baru dan pelbagai, lama-lama tu semangat hilang. Adui, tak boleh jadi ini, nak kena semangat balik. Aku tengok member aku, malam-malam pun sempat lagi main basikal, hoo, memang tegar. Nampaknya , nak beli basikal, duit tak cukup lagi. Tapi takpa, basikal anak aku ada, boleh tolak dia kayuh, bakar kalori jugak tu.

BILA NAK DIET NIH ?

Hooo, itu jelah, setakat ni. Aku sebenarnya harini nak meluahkan perasaan je. Hoo, kena bersemangat ni, jom kita , jaga Diet !!!.

Comments

  1. nice sharing...salam ramadhan al-mubarak

    ReplyDelete
  2. Salam. Hehe. eimah pun bila puasa ni lagi jaga makan. Air kena minum lebih. Bak kata kawan, bila nak berdiet, air dalam badan jangan lupa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hoo, betul betul , minum air banyak masa sahur, penting tu, tapi jangan minum tengah hari dah le, batal puasa

      Delete

Post a Comment

Popular Posts