Bengkel Kuih Raya Bersama Planta

Salam sejahtera semua, sejak dua menjak ni, nampaknya, saya asyik buat cerita pasal VLOG je, hooo, dah macam-macam cara yang saya belajar pasal VLOG ni. Hhehee, apapun, nampakanya part 1 dan part 2 dah siap, sekarang ni tinggal nak buat video khas aksi para blogger blogger hebat pulak. Oklah jom kita tengok aksi Mama Arreessa yang ceria sokmo ni.

Part 1

Video part 1 ialah cerita tentang perasmian, rasa jamm gila nak pergi sana, hahaha, tak sangka pulak, ramai gila nak singgah Mydin USJ tu, Apappun en Victor Liew sungguh sempoi merasmikan program ini. Cool, dengan ramai bloggers yang hadir, khas tau ni, hahaha.


Part 2 - Cara membuat Kuih Semprit

Macam biasa, untuk part 2 ni, saya dah edit untuk proses untuk membuat kuih semprit tu, dari mula uli tepung sampai siap, hahaha. Kuih ni kitorang buat dua, satu untuk anak yatim dan satu lagi untuk diri sendiri, sempoi sempoi, tapi sebelum nak tunggu masak tu, ada peraduan melukis  pulak, masa tuh saya ambil alih tugas dan melukis kuih bintang idaman yang tertumpah air oren tu huhuhu.




Tips VLOG - Cari Lagu Free Royalty

Masa nak buat VLOG perkara paling sukar ialah mencari lagu free royalty. Apa benda ni, benda ni penting supaya kita tak kena blog dengan Youtube, biasalah, lagu sekarang ni, kalau popular, memang kena bayar royalty dan sebagainya. Tapi jangan risau, korang boleh cari lagu lagu yang memang ada insan yang buat free untuk anda semua. Ada yang bagi camtu, ada yang minta derma, ada yang kena beli dan sebagainya. So suka hati korang ye, kalau pakai lagu lain tu, cubalah elak kena copyright control oleh youtube, silap-silap kena banned akaun korang !!!




Comments

Popular Posts