15 Blogger Paling Cun Dalam Sejarah

OKlah, kalini segmen untuk memperkenalkan para para blogger paling cun dalam sejarah membuat blog baru ni. Ok, yang ni hanya untuk hiburan semata-mata je ok. Blogger-blogger cun ni pun terdiri dari lelaki dan wanita ok. Cun ke tak Cun, jangan tengok owner blog, cuba korang tengok hasil kerja mereka di blog. Dan korang akan perasan yang blog mereka memang sungguh cool dan cun. Oklah mari kita sorang sorang siapa yang ambil bahagian dalam Segmen Blogger Paling Cun dalam Sejarah !!!

Blogger Paling Cun dalam Sejarah 

1) Mizisite

Hoo, blog banyak info yang menarik, mostly yang cunnya, banyak cara nak hack facebook orang lain, hahaha, knowledge baru ni. Penting ke nak tahu ? penting juga, sebab kekadang kalau akaun sendiri kena, nak hack balik susah woo, tapi biasalah bebudak sekarang ni macam Mizi ni, advanced gila

2) Ikhwan Yusuff

Jejaka tampan hasil lukisan dia rasanya menjadi header blog yang cun, di tambah pulak dengan warna oren-oren menghiasi blognya. Mungkin ini adalah cara membuatkan pemilik blog bertambah cun, dengan beberapa muka smiley, dan juga ada post pemandangan yang indah. Isi blognya, mantap !!!

3) Chef YuYu

Chef perempuan yang cun ini ada header misai dan topi chef, nasib baik dia perempuan, takda misai tebal, tapi mungkin sekali kehebatannya akan sama macam chef idola Malaya sekarang iaitu Chef Joe dan Chef Zubir dari MasterChef Malaysia. Bak kata orang putih, Chef kena ada misai, baru macho, tapi kalau perempuan tak tahulah. Apapun untuk bulan puasa ni, korang jaga jaga skt , nanti lapar pulak, sebab resepi dalam blog chef yuyu ni sedap -sedap hahahha

4)Nulna's Blog

Bila korang berada di persisiran pantai, tentu korang akan terasa cun sebab melihat keindahan ciptaan Allah swt. Itulah aku rasa kata-kata semangat dari gambar belakang cik nulna ni. Aku dapat rasakan pasir masuk ke kaki aku bila aku baca blog dia, lalu ianya dicuci oleh air laut pasang surut. Itulah membuatkan kecunan blog cik Nulna ni.

5) Arena Muslimah

dengan grafik bunga-bunga melambangkan keindahan seorang Muslimah, begitu juga menyampaikan kata-katanya yang cukup berbunga dalam blognya. Apapun menjadi Muslimah yang baik, itu cita-cita tuanya blog, memang terbaik, sekali rasanya ada lagu iringan bila korang masuk blog cik bunga ni

6) Lynie Yussof

Hooo, blog yang agak mantap di sini, dengan tulisan tangan orang di header, membuatkan Puan Lynie bertambah cun dengan bergambar dengan cik abangnya. Rasa tengok macam baru lepas kahwin. Apapun, korang kena baca cerita cinta halal yang mampu main monopoly bersama sama. Kalau korang masuk, korang dah dikira pengintip, bak kata Lynie.

7) Nurul Jannah

Tak tahu nama blog ni, tapi adalah seorang perempuan cun duduk atas jalan kampung, mungkin penat beraya kot. Ada pula aku masuk, time tu tengah cerita cari buat kuih cornflake, adui sedaplah pulak. oklah, background bunga juga menjadi pilihan cik nurul ni. Apapun, memang cun dan melecun

8) Yana Yana oh Yana

Yahanana yahanana, hoo, bunyi lebih kurang ni. Kombinasi pink dan kelabu memang aku rasa pelik, tapi ianya tetap cun bagi pemilik blog ini cik yana, bukan yana samsuddin tu ye. Hahah, lagi satu, ada gambar boyfren dia, jadi korang yang masih single, jangan kacau cik yana ok ?

9) Mastikus

Adui, adik aku pun nak join kontest jugak, kalau korang nak tahu inilah isteri kepada Reviewer filem otak movie. hoo, so nampaknya blog ini tak berapa nak cun, sebab takda gambar aku, jadi aku nak suruh dia letak link blog aku, baru aku puji blog dia cun, hahaha, jangan marah ye cik mas.

10) Silver Girl

Hooo, silver girl ni, nampaknya sungguh mistik, pastu ada pulak sister yang cun, hahaha, apapun jangan lebih lebih ye, baca je, nampaknya blog ni ada gabungan mistik purple dan pink, yang membuatkan korang masuk kedalam dunia lain yang cun lagi gelap !!!

11) Belog ZooZuu

Hmm bunyi nye macam pelik skt, mungkin ejaan tu kena tukar kot, takut jadi benda lain pulak, tapi ok cik sitizulaikha ni nampaknya ada blog yang simple, dan ini elemen paling penting untuk menjadi blogge yang cun. Hoo, aku tak dapat nak menghayati sangat, kerana background belakang tu aku tak dapat nak faham tujuannya,  tentu tuan punya blog tahu apa rahsia disebalik background yang penuh cermin ilusi tu

12) Nurin Bubbles

Ok ini adalah salah seorang SID jugak, dia pun jual shaklee jugak, blognya kehijauan dengan dihiasi beberapa hiasan karpet cun kat bahagian header sana. Ok, nampaknya dah 4 tahu kahwin, oklah selamat berbahagia. Kecunan blog ni akan bertambah bila korang baca cerita dia pasal shaklee . Sebab tentu korang berminat nak beli set kulit untuk cun .

13) Eina Sakinah

Hahah, yang ni memang cun, dengan gaya mukanya yang manja gitu, ok ada macam macam cerita kat sini, tapi yang sempat aku baca tadi ialah tutorial makeup, produk apa yang bagus untuk makeup, tapi bak kata eina, air wuduk lagi penting  !!!

14)  Fifi Athirah

Hahah, cik fifi ni, rupanya suka berenang, ok tu satu sebab kenapa berenang membuatkan anda akan cun dan seksi. Gaya pink putih nampaknya sesuai dengan jiwa dan nama cik fifi itu sendiri, selepas tu pulak header ada skt warna biru muda, hooo, nampaknya cik fifi ni seorang yang cun lagi penyayang rasanya,

15) Faiz Saaid

Hhahaha, aku sekali nak masuk jugaklah, sebab segmen ni aku yang buat, so apa yang korang rasa pasal kecunan blog aku ni ? tentu takda kan ? sebab blog aku ni, putih je, takda color lain, tapi korang tak tahu, rahsia payung yang aku bawak tu, banyak jasanya, dan color dia kat situ je, dan cukup membuatkan para janda terpikat dengan aku, hahaha, bukan terpikat nak berkenalan, tapi berminat nak beli GLA complex dari aku !!!



Comments

  1. iyer ke??? Lain mcm jek.. mcm tajuk tak kena jek..

    ReplyDelete
  2. err, tajuk tu menyimpang. ingatkan cun tu dri segi penampilan 'fizikal'. tapi rupa2nya 'blog'.

    mohon disable captcha.. mudah cket org nk komen. #cadangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, cun bukan saje blog, cun memang kepada blogger tersebut

      Delete
  3. haha..mmg nak letak link.tp xde mase nak hapdate beloglah.nnti saya suruh itu otak movie kasi cun lg belog saye.tq tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha blog ni pun putih je, yang paling cun tentulah abang payung kat header tu

      Delete
  4. haha..mmg nak letak link.tp xde mase nak hapdate beloglah.nnti saya suruh itu otak movie kasi cun lg belog saye.tq tq

    ReplyDelete
  5. haha..mmg nak letak link.tp xde mase nak hapdate beloglah.nnti saya suruh itu otak movie kasi cun lg belog saye.tq tq

    ReplyDelete
  6. lol....nak tergelak baca pasal blog mizisite...ape2 tahniah abg bro sebab turut mnyumbang trafik blog sy...hehehe

    -pemilik mizisite-

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagi satu...nk tnya la kan...sy dah download mcm2 jnis seo template dah...tp smua komen tak boleh nak reply...ada cara lain ke? ataupun ada link tak nk download template sbijik mcm abg...

      #bolek reply komen

      Delete
    2. Hahaha, yang aku pakai simple white template kat blogspot tu je, untuk komen tu, ko boleh cari, html code utk recent komen

      Delete

Post a Comment

Popular Posts