Poligami Yang Adil

Hoo, sebelum ni aku saje je nak buat entry pasal manfaat vitamin E tu. yelah vitamin cintan cintun tu mukadimah je sebenarnya untuk aku buat isu yang lebih besar dari tu. Korang pun tahukan, bila cerita bab poligami ni, ramai yang suka, ramai tak suka. Kecoh wooo, sampai ada yang turun naik mahkamah pasal poligami. Hooo, aku haritu selalu jugak berborak dengan awek aku pasal poligami, hahaha, kalau salah cakap silap-silap boleh kena baling dengan periuk belanga. Tapi tah tiba-tiba, aku teringat pulak lecturer aku kat UTM dulu, pernah cerita pasal poligami ni. Ada satu point menarik yang dia cakap pasal poligami. Oklah jom kita borak-borak kosong . 


masalah poligami


POLIGAMI DALAM ISLAM

Hehhe, yang ni semua orang tahu, maksimum kuota 4 je, hahahha. Kalau laki yang dah kahwin pun, semuanya cakap bujang 3, bujang 2, hehehe. Macam macam lagilah , tapi nak kata tentang keadilan tu, korang boleh baca betul betul ayat al-quran di bawah ni, popular betul, sampai semua yang nak kahwin lebih je, hafal surah ni. Tapi bila bab lain, mampus tak tahu. hahahha.

Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (diantara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.  (An Nisaa' ayat 3)

Kalau orang yang tak baca habis , tu yang syok tu, semua nak bedal, sampai terlupa nak baca jika bimbang tu. Tapi ramai tak bimbang, janji kahwin, tapi adil tu yang penting, bukan aidil bekas si Rita Rudaini tu. Jadi isu dia kat sini, berapa ramai yang betul-betul adil bab poligami ni ? hoo panas -panas.

ADIL DARI SEGI ZAHIR

Dari segi zahir ni, ramai aku tengok dah boleh dah. Hahhaa, nak bagi rumah sorang satu, semuanya aku tengok, dah mampu, lagi lagi korang buat business shaklee betul betul, boleh je nak tambah lagi satu, banyak downline sikit hahaha. Bila kita tengok balik, dulu, ada orang tu nak kahwin sampai 4, tapi dia ni kerja bawak teksi je. Yang power pulak tuh, isteri-isteri dia tak mahu pulak minta cerai huhuhu. Apa kes ni ? Tapi kita tak heran lah, macam SY dan UAI, hooo, memang power tu, SY cukup 4, UAI baru baru dapat pucuk muda, jadi 3. Hoo, boleh buat orang lain cemburu hoo. Ilmu apa diorang pakai ni? heheh tengok, nak berpoligami kena ada Ilmu ok ?

ZAHIR SAHAJA TAK CUKUP ?

Hoo, yang ni panas sikit, jadi mula baca kat sini, bahasa agak kasar sikit bunyinya. Sebab nak korang betul betul faham tentang ni. Bila sebut pasal nafkah, kan selalu kita sebut nafkah zahir dan batin, maaf zahir dan batin. Jadi, bila bab poligami ni. hmmm, Cukup ke kalau Zahir yang adil  ? Nafkah batin macam mana ? Oklah, mungkin kat sini, aku nak buat satu contoh situasi: Oklah, ada sorang mamat ni, dah ada isteri lama, dah kahwin 2 dah. Pastu pulak, nak tambah lagi sorang , bajet nak Madu 3 macam P Ramlee. Ok, syok lah tuh. Bila time isteri mudah je, bertenaga tak ingat, jadi LAYANAN pun memang bestlah, sebab Isteri Muda. Esok pulak, ok bajet nak adil, balik rumah isteri tua. Penat pulak kerja, balik nak kena layan Isteri Tua, tu, tapi isteri tua getah kurang, jadi layan pun hmm, biasa biasa je, semalam dah layan isteri muda, jadi POWER dah berkurang, jadi POWER dengan isteri muda tak sama pulak dengan isteri tua. Adui, out, esok kerja lagi, rumah isteri kedua, POWER makin berkurang, lepas isteri kedua ni katanya tak romantiklah apalah, jadi LAYANAN pun macam kurang sikit dari Isteri muda tadi. huhuhu. So korang faham fahamlah kat sini, Nafkah batin tu kena adil ke tak ?

TELADAN RASULULLAH

Rasulullah, kalau cerita bab poligami, memang champion. Rasulullah memang tahu macam mana nak layan isteri isteri dia. Tapi bab POWER ni, macam mana ye. Hoo ok, kita tengok serba sedikit macam mana Poligami Rasulullah SAW.

  1. Kalau nak diikutkan, Isteri rasulullah kesemuanya ada 11, tapi bukannya dia kahwin semuanya serentak. Tapi Rasulullah insan yang istimewa, jadi kita manusia biasa Allah kasi sampai 4 je.
  2. Kalau kahwin yang muda macam Saidatina Aisyah, bukannya terus layan macam isteri dah besar. Rasulullah tahu, Aisyah masa tu kecil lagi, baru je 9 tahun dah kahwin. Jadi layanan pun lain lah. Kan kita dengan Rasulullah main lari-lari dengan Aisyah ? Memang lah dikatakan masa tu orang arab fizikal dah besar, tapi kena ingat, dari segi pemikiran, masih budak budak lagi. Ini tak, orang kita budak ke, remaja ke, main hentam je bedal
  3. Rasulullah kahwin sebab nak tolong isteri isteri yang kehilangan suami, yang susah, tawanan perang, mostly yang dah tua. Orang kita kahwin, nak pucuk muda je, getah baik punya.
  4. Ok yang paling penting. Kalau ikut kan, sahabat memang ada yang kaya, harta memang banyak. Tapi bila bab kahwin ni, semuanya tak mampu, jadi kebanyakan sahabat minta Rasulullah kahwin dengan isteri yang kehilangan suami ini. Hoo tahu tak kenapa ? Kalau diikutkan kata Pensyarah aku kat UTM. "Kekuatan Rasulullah bolehlah dikatakan sama dengan 40 Pahlawan Yang Gagah Perkasa" Hooo , kekuatan pahlawan gagah perkasa tu, kalau sorang, ni 40 orang pahlawan. Nak ditambah ceritanya ustad aku kata, ada satu ketika, Rasulullah hanya menggunakan jari sahaja untuk menewaskan musuhnya ketika berperang. Nampak tak ?

PENUTUP

Sebagai penutup, ini adalah tulisan dan pandangan peribadi aku sahaja. Kalau korang rasa ada yang salah, bolehlah komen secara membina di bawah. Saya menerima segala komen anda dengan hati dan minda yang terbuka. Sama-sama kita belajar untuk memantapkan ilmu. Sekian sahaja.

Comments

Popular Posts