JDT Bodoh ?

Adui, lagi sekali aku buat entry bodoh kan orang , haritu aku buat pasal KJ, time ni pulak , check nuffnang, ada yang cari pasal JDT bodoh pulak. Oklah, aku nak buat jugaklah, sebab lagipun, adik ipar aku, Hadi otak Movie, memang gila JDT, so why not kita baca sikit kisah JDT ni. Apapun, aku khaskan juga entry ini kepada kawan-kawan facebook di luar sana, terutamanya wan kasim, syed, aminesm, dan akeem keroncong dari kumpulan Redemption yang reggae tak ingat nye. JOMMM BACA !!!


jdt tmj


1) Kehebatan Fandi Ahmad ?

Aku tak pertikai, kehebatan Fandi Ahmad adalah satu punca dulu bola sepak negara kita popular. Tengok sahaja aksinya bersama Kuala Lumpur, Pahang, dan tak lupa juga dia mewakili pasukan Singapura dalam Liga Dunhill divisyen 1 dahulu. Nak kata hebat tak hebat, dia memenangi Piala Malaysia dengan 3 kelab terebut, 1987 bersama KL, 1992 bersama Pahang, dan 1994 bersama Singapura. Aku masih ingat lagi, Singapura pertama kali menjulang Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, sejak stadium keramat pasukan Amri yahyah itu dibina. Aksinya membodohkan Pahang 4-0 semasa final tetap menjadi ingatan. Tapi zaman itu aku rasa, Rasuah adalah Musuh Nombor 1 Negara. Zaman muda Fandi Ahmad juga berjaya mewakili kelab di Eropah FC Groningen pada tahun 1983. Kecoh juga budak-budak troll bolasepak, postkan video Fandi Ahmad menjaringkan gol menentang kelab inter milan. Memang hebat. Walaupun Fandi Ahmad dikatakan tidak bagus sebagai jurulatih, nah, korang, sekarang JDT no 2 di belakang Lions dalam liga super, dan mara ke final Piala FA 2013. Fandi membuktikan, JDT hebat kerana dia. Tengok, kecuali Matyo dan Awe, semua player bintang, safiq rahim, safee sali, zaquan, dan sebagainya, tak dapat tempat dalam skuad utama, sebab prestasi tidak menentu.

2) Mat Yo bukan YOYO ?

Hahah, yang ini dulu aku pernah letakkan Mat Yo sebagai lone striker untuk pasukan Malaysia. Tapi jangkaan aku silap ketika Mat Yo bersama JDT. Aku memperhatikan Mat Yo, bukanlah YOYO yang sekejap naik dan sekejap turun, tapi prestasinya makin bagus, ye betul, makin bagus. Tak sia-sia TMJ ambil dia, sanggup sign kontrak dalam Hospital walaupun peminat semua tidak sukakan pasukan yang digelar Manchester City Malaysia. Mat yo di JDT, telah bertukar wajah, dari seorang lone striker, menjadi kepada attacking midfielder, ataupun backup striker. Banyaknya gol player import JDT sekarang, adalah hasil dari gerak kilat Mat Yo yang berjaya membuka permainan untuk JDT menyerang pasukan lawan. Korang tengok balik gol Nunez, dan Da Silva, hooo, mostly aku cakap, kalau takda Mat Yo, tak boleh cari makan pasukan import JDT. Selain itu juga, Nurul Azwan Roya, atau Awe, adalah kawan baiknya ketika di Kelantan, banyak membantu Mat Yo untuk bergerak  masuk ke dalam kawasan lawan. Awe cukup faham bebenar cara Mat Yo bermain, dan terus memudahkan Mat Yo terus mendapat tempat dalam kesebelasan utama JDT !!!

3) Pasukan Berlagak ?

Semua pasukan nak kalahkan JDT, ye, lepas JDT masuk kedalam kancah Liga Super 2013, mereka terus dilabel sebagai pasukan pilihan untuk memenangi Liga Super. Apapun, perlawanan pertama JDT, terus diaibkan oleh Pahang 3-2, yang lebih malu lagi, mereka telah mendahului Pahang dengan jaringan 2-0, hasil dari gol Mat Yo dan Safiq Rahim. Lebih memalukan lagi, mereka kena rembat 4-1 dengan Selangor di Shah Alam satu ketika masa Liga Super. Aku sempat bawak lagi Hadi Otak movie tengok game tu. Memang best, layan, game tu. Tapi, selepas itu, Daniel Guizza dan Simone Del Nero, pergi meninggalkan JDT, maka mereka mula sedar, ya mereka pun pasukan biasa. Atas satu titik perubahan kesedaran, Fandi Ahmad telah membuat perubahan, Safiq Rahim tidak lagi mendapat tempat, dan akhinyr, JDT terus cemerlang. Bayangkan 3 kali bangkit di tempat lawan, ketika lawan Kedah, Selangor dan yang terbaru Pahang. JDT bangkit dari ketinggalan untuk menang. Maruah mereka berjaya dipulihkan, banyak pemain baru menyinar seperti Ezri, Thanaraj dan sebagainya. Alhafiz juga terus cemerlang sebagai penjaga gol pilihan, selepas menjadi wira ketika penalty shootout menentang Selangor di Stadium Shah Alam.

4) Boys of Straits (B.O.S) ?

Aku katakan, BOS adalah betul-betul wakil tunggal kelab JDT untuk memimpin pasukan sorak JDT. BOS yang dikira sebagai Ultras Johor, berjaya menggamatkan pasukan lawan, dengan sorakan Luaskan Kuasamu Johor. Aku tengok bagusnya JDT kali ini ialah pasukan sorak mereka bersatu padu, dan boleh dikatakan menggerunkan, sebab aku sendiri tengok mereka Chant di Stadium Shah Alam tempoh hari. Tapi lain pulak dengan pasukan negeri yang dah establish seperti Kelantan, Selangor, yang masih ada fan club asal, yang memainkan gendang yang bagi aku tiada makna dan ketinggalan. Sampai satu tahap itu, TSAM pun mengeluh kerana suara penyokong yang tidak sama, sekejap Ultras nak nyanyi, kejap kelab penyokong , membuatkan semuanya tak bersatu. Ini tidak berlaku kepada JDT, BOS lebih dominan dan semua fans mereka mengikut nanyian semangat BOS. Luaskan KUASA MU JOHOR, memang superb !!!

5) Tengku Mahkota Johor TMJ , Pemain No 1 JDT ?

TMJ berjaya menyatukan rakyat Johor untuk kembali memeriahkan arena bola sepak negara, dengan beberapa insiden askar masuk stadium, dan beberapa lagi isu hangat berkaitannya, nyata, itu bukan alasan TMJ untuk terus membangunkan bolasepak JOHOR. Satu ketika Johor FC dengan tebuan hidup segan mati tak mahu, meneruskan perjuangan rakyat johor dalam bola sepak. TMJ pula resah gelisah dengan Johor FA yang tidak begitu menonjol. Langkah drastik TMJ untuk mengubah dan rebranding balik Johor FC dengan menamakan semula sebagai Johor Darul Takzim FC, JDT. Semua peminat, termasuk artis, pakai jersey JDT, takdalah pulak artis lain nak pakai jersey pasukan lain, maybe tasha shilla sorang je kot yang pakai jersey Selangor, sebab faktor Mahali Jasuli. JDT terus mengorak langkah, jersey ala-ala Barcelona, terus di pakai oleh rakyat Johor, dan malah bukan Johor pun beli juga. Tak pernah-pernah yang tak suka tengok bola, terus tengok bola atas dasar JDT yang menghangatkan lagi kancah bola sepak negara. Aku pernah membaca status rakan facebook yang menceritakan penghormatannya kepada TMJ, yang mengambil berat tentang BOS dan penyokong JDT yang lain, terutamanya ketika JDT menentang Pahang di Stadium Darul Makmur. Kecoh kerana limpahan penyokong, TMJ katanya ada ketika itu, dan memimpin penyokong harimau selatan untuk keluar dengan selamat. Walaupun ada gossip dengan Fazura, dikatakan berlagak, tapi hasilnya ada, rakyat Johor bersatu di bawah panji JDT !!!

Penutup : JDT akan terus Cemerlang atau Bodoh ?

Sesuatu yang merisaukan aku ialah masa depan JDT itu sendiri. Tengok pada kelab Manchester City yang hanya menang sekali BPL tapi duitnya telah berlambak keluar, membazir, terus tercicir selepas hanya menang satu musim. Real Madrid juga terus ditimpa malang dengan gaji dan pembaziran player bintang. Aku mengharapkan TMJ akan lebih fokus kepada pembangunan dari akar umbi, dan kalau boleh, bawak datang pakar-pakar luar negara untuk membentuk dan menggilap player muda JDT. Memang tak salah nak beli player lain, tapi harapan anak muda johor  untuk berbakti kepada Harimau Selatan adalah satu perjuangan Murni. TMJ mempunyai dana dan kuasa untuk memperjuangkan matlamat anak muda JOHOR !!!

Comments

  1. okeyyyy yg ni mmg superb. sapa kata JDT bodoh mmg bodoh. Siapa kata TMJ membazir mmg membazir.
    JDT takkn jd bodoh mcm Manchester City
    TMJ takkn membazir duit utk benda2 tk berfaedah

    yg ckp byk dan yg dengki ngan JDT tu yg bodoh & membazir masa mengutuk mutu bola sepak nega.

    BOS akn ttp kukuh jd benteng penyokong JDT sbb sblm ni BOS tkde sesiapa, hanya mereka sj di stadium, skang BOS sndiri dah ada pengikut sbb kami rakyat JDT bersatu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yang saya nampak sekarang, JDT BERSATU,

      Delete
    2. aku rasa player jdt ok cuma coach jer yg bodoh & bangang....dah bole pecat si pandi tu x pandai guna player & taktik...blah lu pandi...balik spore lg baek

      Delete
    3. hahaha, susah jugak tu, kalau coach tu tak betul, nak layak masuk final pun tak lepas,

      Delete
  2. Post terbaek! SO far apa yang boleh dipuji adalah penyokong JDT...belum nampak lagi orang Johor yang tak sokong JDT. Sampai bebudak yang tak tahu pasal bola sepak Malaysia pun boleh minat sebab JDT (contohnya saya). Bola sepak bukan sekadar sebuah game untuk kita tonton sahaja, tapi juga medium untuk semua orang bersatu menyokong pasukan masing2 dengan semangat kesukanan yang tinggi. Jangan asyik nak gaduh saja sebab bola, bola menyatukan, bukan memecahbelahkan...harapan tinggi kepada JDT! Best post bro, title tu mmg panas tu...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab tajuk tu aku cek keyword nuffnang, hahaha, aku pun nak tengok ke mana JDT boleh bangunkan bolasepak Malaysia. Sebab ramai sangat pertikai kemampuan JDT. Apapun, nama ko tetap ada, hahaha

      Delete
  3. Apa-apa pun. daripada apa yang saya lihat, JDT memang jauh lebih baik berbanding dulu. Yang cakap 'JDT bodoh' tu mungkin jealous sebab JDT tetiba melonjak naik. Luaskan kuasamu Johor!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yang kita mahukan, warna bolasepak kita makin menarik dan indah dengan kebangkitan RAKYAT JOHOR

      Delete
  4. assalamualaikum... nice post here....

    yeayy sy minat JDT jugak sbb sy org joho..hikhikhik.... scr jujurnya, sy tak kesah pun pasukan mana yg menang dlm piala FA ni janji mutu bola sepak negara makin mantap di mata dunia..... tapi sadis juga bile hanya kerana bola, ade yg berpecah belah dan kutuk mengutuk.... sewajarnya sukan ni dapat menyatukan kita..kita kene sokong satu sama lain demi memartabatkan sukan kita....elakkan pergaduhan dan kontoversi, tingkatkan prestasi... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam hafrizah, thanks for comment, Alhamdulillah , kita nampak perpaduan dalam bolasepak, bola sepak ni bagus untuk menyatupadukan rakyat, sampai satu tahap, kita boleh menjadi penyokong yang matang, tak lama lagi kita boleh pergi jauh !!!

      Delete
  5. harap2 penyokong JDT dan kelantan tak bergaduh piala FA ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh bro, bebaru ni aku respect penyokong JDT meminta maaf secara terbuka, inilah yang kita harapkan, bersama sama memeriahkan bola sepak kita

      Delete
  6. bro... aku asal kelantan n of course sokong kelantan. tp dulu aku belajar kt UTM skudai. aku mula kenal johor fa n johor fc. aku follow johorfc.com. n aku mula minat johor fc. aku ada beli jersi johor fc kaler oren. n tanpa segan aku pakai kt kg aku. aku pernah pergi stadium pasir gudang layan game johor fc vs selangor. tp lepas pbnj take over johor fc n rebrand kpd jdt, minat aku kt johor fc hilang. sbb identiti johor fc selama ni dibuang. maskot lebah dh tak ada, warna keramat oren ditukar, even home stadium juga dipindah. tak salah nk rebrand tp bila berubah mendadak, fan akn hilang passion. mmg betul langkah pbnj ni berjya tarik crowd. tp sedar tak yang fan bertambah tu semua fan baru? fan br belajar sokong liga M sedangkan fan y selama ni sokong johor fc berundur. ada yang memilih sokong johor fa di liga perdana, ada y memilih sokong jdt n anggap tu la johor fc, n ada yang memilih layan bola kt rumah je. bahayanya ada ramai fan2 baru ni, mereka baru nk merasa n meresap identiti team tu. n pbnj kena pastikan team terus kuat dlm kurg2 3-4 tahun lg supaya fan2 baru ni dpt menerapkan identiti jdt. kalau dlm 3-4 tahun ni jdt malap, fan2 baru tu pasti akn lari... bg aku, pbnj berjaya menambah fan baru tp sedikit membelakangkan fan2 lama...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you komen bro, betul jugak, mungkin lepas ni aku kena highlight sumbangan Johor FC, sang tebuan , yang menghidupkan bola sepak johor, survival Johor FC masa tu melambangkan survival JOHOR. Tapi ramai juga yang aku dengar ada juga fans johor yang kecewa dengan beberapa perubahan TMJ. Tapi anyway semua orang ada hak masing -masing untuk menyokong pasukan mereka atau tidak

      Delete
  7. fan2 lama tu gabungla dgn fan2 baru di bawah panji JDT...hasilnya bergegar stadium...musuh pun gerun...x payah puak2...LUASKAN KUASAMU JOHOR!!!..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhaa, betul tu bro, kita kena terbuka. Ada masa kita naik, ada masa kita turun

      Delete
  8. Sye sokong kedua dua pasukan...JDT dan JFA...Sye sokong tanpa prejudis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus bagus, teruskan sokongan bro, siapa lagi nak sayangkan bolasepak kita

      Delete
  9. Thanks for this post, saya Johorean berasa bangga :D

    ReplyDelete
  10. Terima kasih pada admin atas entry ini.. Sata penyokong JDT sentiasa positive mahukan perubahan besar dlm pasukan negeri dan negara khasnya.. kita perlukan perubahan dan bukannya kritikan menjatuhkan.. syabas atas keperihatinan anda.. TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. OK sama sama mefairuz, kita sepatutnya mengharapkan ramai lagi nama besar yang boleh bangunkan bolasepak kita, TMJ telah memulakan langkahnya,

      Delete
  11. Sepatutnya TMJ ambil alih FAM. Baru bola sepak malaysia berubah..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts