Surat Kepada Amri Yahyah

Assalumualaikum Encik Amri Yahyah. Saya Muhammad Faiz bin Mohamed Saaid, adalah seorang peminat encik amri, dan amnya peminat bolasepak Selangor dan Malaysia. Saya amat bertuah pada ketika itu dapat bersalaman dan bergambar dengan encik Amri di PKNS tempoh hari. Saya tengok orang lain dah sibuk makan, encik Amri still layan peminat-peminat bola sepak Selangor untuk bergambar. Saya mengikuti perkembangan En Amri sejak dari penglibatan En Amri pada tahun 2001, hinggalah sekarang. Buat En Amri, izinkan saya menyuarakan pendapat saya tentang luahan saya terhadap situasi bolasepak Malaysia sekarang. Di bawah ialah gambar saya bersama en Amri tempoh hari, sehari selepas Selangor menewaskan Felda United 2-0.


legenda 17 selangor


1.Kualiti Permainan En Amri

Saya amat kagum dengan cara En Amri bermain, nampaknya usia bukanlah penghalang kepada en Amri untuk terus berbakti kepada pasukan negeri Selangor, dan juga membuktikan bahawa rajagopal salah kerana tidak memilih En Amri untuk membantu skuad Harimau Malaya dalam mempertahankan Piala AFF Suzuki yang kita pegang pada 2010. Dari posisi midfield, wings, defend, dan sekarang ini sebagai striker walaupun usia mencecah 3series, en Amri makin lama makin berbisa berbanding player muda yang lain. Sayangnya, selain dari en Amri yang sudah berumur 30 tahun ke atas, saya  juga agak kecewa, kerana pemain seangkatan en Amri, seperti Badri Radzi, Indra Putra, dan Sukur Adan jarang di panggil untuk memantapkan skuad kebangsaan. Saya  beranggapan, skuad Malaysia tempoh hari seperti skuad yang kurang matang, tiada ramuan rahsia, dan tiada pengalaman yang amat-amat di tagih dari En Amri . Mungkin suatu hari nanti, saya ingin melihat, En Amri, bersama-sama Piya, Indra, hai-O dan Sukur, duduk semeja dalam satu forum, membincangkan kekuatan anda semua, kerana anda semua semakin bagus bermain, malah mengalahkan pemain muda yang lebih cergas daripada anda. Saya akan menunggu saudara Khairy Jamaluddin untuk forum bolasepak ini.  

2. Ajak penyokong datang Stadium

Sejak kita melihat Astro dan Internet menguasai hiburan negara kita, saya telah melihat jatuhnya sukan bola sepak kita sedikit demi sedikit, kerana ramai yang sukakan live, terutamanya liga bola sepak luar yang lebih berkualiti, dan tidak kurang hebatnya drama dan populariti seperti Messi, Ronaldo, dan sebagainya. Saya ingin menyuarakan pendapat bahawa, kami rakyat Malaysia sudah bijak menilai duit kami. Walaupun FAM menurunkan tiket sebanyak RM 5 pun, belum tentu penyokong ingin datang ke stadium , kerana faktor kualiti permainan itu sendiri. Biasanya, bila Selangor sudah bermain suku akhir, atau berjumpa dengan pasukan yang kuat, barulah saya tengok Stadium keramat Shah Alam penuh dengan merah kuning. Tapi sayang seribu kali sayang, penyokong begini, sudah dikecewakan, semasa Selangor kalah dengan Kelantan 0-2 tahun lepas, dan memori luka kekalahan dengan JDT , walalupun sudah mendahului dengan aggregate 2-0. Saya berharap agar En Amri, dapat menjadi pemangkin kepada pemain bola yang lain untuk terus memberikan kualiti terbaik sepanjang perlawanan. Saya amat tertarik dengan kehadiran penonton untuk pasukan Kelantan, Pahang, dan JDT yang sentiasa ramai memenuhi ruang kosong tempat duduk stadium. Bagi saya, sudah tiba masanya, En Amri dan rakan-rakan di Selangor, jangan malu berkempen untuk penyokong datang ke stadium, selain bermain dengan kualiti yang tinggi lagi menghiburkan. En Amri kena ingat, penyokong datang kerana pemain, ini budaya sokongan rakyat Malaysia. 

3. Membimbing Rakan-rakan dalam Red Giants.

Saya ingin melihat En Amri dapat memberikan tunjuk ajar kepada bakat-bakat baru Selangor, khususnya Raimie, Asra, Mahali, Veenod, dan lain lain, supaya mereka bermain dengan bersungguh  kerana pemain ini perlu tahu sejarah besar pasukan Selangor yang pernah dianggotai ramai skuad kebangsaan. Saya  melihat watak en Amri sangat penting, kerana ramai perlukan nasihat en Amri  yang pernah bermain di banyak posisi. En Amri banyak pengalaman yang berguna untuk mereka lalui, saat kejatuhan, dan sebagainya. En Amri dilihat sebagai ikon kepada pemain baru Selangor yang ternyata teruja dapat beraksi dengan En Amri. Adanya Mahali Jasuli sekarang dapat membantu En Amri , pasukan Selangor dan Harimau Malaya untuk menguatkan sistem pertahanan . En Amri dapat memajukan bola sepak tanah air, tapi terus En Amri kekal di Selangor, walaupun tidak bertindak sebagai pemain bola sepak Selangor.

4. Bawak balik pulang Safiq, Amirul, Razman dan Azidan 

Pasukan Selangor nampaknya telah membuat satu tindakan, yang saya rasa tidak menguntungkan. Bagaimana kita melihat sendiri, Amirul, Razman dan Azidan, sangat  cemerlang bersama Pahang, yang betul - betul juara kebangkitan, setelah ketinggalan gol. Saya melihat sendiri saudara Amirul dari wings kanan, dia berubah menjadi attacking midfielder yang bagus untuk Pahang. Saya berharap juga agar satu hari nanti, Safiq Rahim kembali bersama Selangor. Saya dapat rasakan, Safiq masih rindukan pasukan Red Giants ini. Permintaan saya ini supaya Safiq di pujuk kembali bermain dengan red giants. Saya rasa, bakat Safiq dan kemampuannya masih boleh dipertajamkan. Walaupun saya lihat Safiq  sering tidak bermain, En Amri dapat mengajak kembali Safiq yang dikatakan mata duitan dan sombong . Saya tahu, dulu juga En Amri pernah digelar budak jahat, yang asyik bergaduh dan sering mendapat kad merah. Pasang surut prestasi Safiq amat merunsingkan. Jawapan kepada prestasi yo-yo ini dapat diselesaikan dengan En Amri dapat membasuh kembali kegilaan duit Safiq Rahim yang makin merosot di Johor.

Penutup: En Amri sebagai Lagenda 17 kedua Selangor Selepas Zainal

Saya merasakan, jasa 12 tahun, takpun seumur hidup En Amri, akan dikenang sebagai Lagenda 17  kedua, selepas saudara Zainal Abidin Hassan. Saya berharap agar pasukan Selangor dan Malaysia dapat menewaskan musuh-mush bolasepak yang datang. Saya selaku penyokong pasukan Selangor, akan terus datang ke stadium , dan tidak juga untuk memberikan komen dan kata-kata khabar gembira. En Amri memang sukar di ganti dalam Selangor khususnya. Semoga En Amri dapat membaca surat saya. Semoga kita bertemu lagi. Sekian terima kasih,

Faiz Saaid

Comments

  1. menangis gua baca.. ha ha ha.. viva selangor!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhaha, ni bukan utk selangor je, tapi yang betul betul suka bolasepak Malaysia

      Delete
  2. Gud artikel.....aLways respect team Selangor biarpun selalu bermusuhan di Stadium......

    TRW Soldier.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks bro, respect team kelantan yang sentiasa maju kehadapan, fans, sponsor, pembangunan,

      Delete
  3. well said bro.... VIVA RED GIANT!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Red giant kena kuat season depan , VIVA Selangor

      Delete
  4. Aku rasa En Amri tak baca entri ko ni bro.... kalau dia baca dengan penuh perasaan... pasti dia tidak akan ke JDT....

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pernah bagi surat ni kat fans selangor, ada fans yang panjangkan surat ni pada wife amri yahyah, memang masa tu kitorang berusaha nak pujuk wak am, last last wak am pergi JDT,

      tapi pergi sana, wak masuk terus menang liga super, dan sekarang masuk AFC semi final, gaji besar, pendedahan yang mantap, so itu lebih bagus untuk perkembangan bola sepak negara,

      selangor dari dulu sampai sekarang, banyak je masalah pengurusan, macam FAM

      Delete

Post a Comment

Popular Posts