Seri Berseri Pasukan Selangor 2013

Berseri Seri Pasukan Selangor 2013 -Asyik SERI je !!!

Seri tu maksudnya, sama -sama handal, atau nasib seri, takpun kempunan nak dapat tiga mata. Berseri-seri ni lama-lama boleh menyebabkan pasukan selangor pada tahun ini akan banyak keciciran mata dalam liga super. Seperti mana yang diketahui, aku juga sibuk , tak sempat nak pergi stadium, dan kadang-kala terpaksa menyaksikan seri berseri ini dalam kaca tv.Ok lah, aku nak cerita sikit keadaan dan pengalaman berseri seri pasukan Selangor setakat ini.


jersi baru selangor 2013
Awek Selangor 2013, Saya Selangor Yakini Irfan Bakti

Selangor vs Negri Sembilan, 0-0

Selepas kekecewaan dengan JDT yang berjaya mengubah game pada Piala FA tempoh hari, Selangor nampaknya masih tumpul, dengan ketiadaan Forkey Doe, kemasukan Ramzul tidak banyak membantu , dan seolah-olah pemain Selangor masih mati akal dek kekalahan yang dikatakan agak memalukan, kerana boleh kelihangan defisit 2 gol kepada JDT. Apapun, Irfan bakti tetap tenang, dan Selangor sekadar seri, dalam game yang dikatakan hujan sedikit.

Selangor vs East Bengal, 2-2

Ini dikatakan perlawanan hidup mati Selangor dalam kempen  Piala AFC atau nama jawanya AFC Cup. Selangor mesti menang dalam game ini. So aku pergi ke stadium. Yang bestnya pulak, masa game AFC, aku tengok, pergh, dah lama tak ramai, suasana hambar, asrarudin tendang bola pun dengar . Seolah-olah, dalam satu masa tu, aku tengok, Selangor macam lawan catur dalam perpustakaan pulak. Apapun, boleh dikatakan, team AFC selangor, Sukor Jusoh, Raimi, dan Adib, berjaya mengkucar-kacirkan pertahanan lawan, walaupun ketinggalan 0-2, namun sukor dan adib berjaya menyelamatkan maruah selangor di saat-saat akhir perlawanan, dan tak sangka pulak selangor layak ke pusingan kedua AFC, tapi kena pergi kandang pihak lawan di Maldives sana.

Selangor vs Lions 12, 0-0

Fokey Doe pula sanggup untuk turun padang untuk menyelamatkan nyawa Selangor dalam kempen liga super 2013. Nampaknya kali ini, Selangor kehilangan rentak, dengan abg Sundramorthi main defends dan counter attack sahaja. Nampaknya ianya sungguh berkesan, dengan Selangor sekali lagi gagal menyumbat gol penting untuk merapatkan kedudukan dengan pendahulu liga Lions. Masa ini aku sibuk pergi Maste Celebration Zainul Anuar dan Lyna Noh di Empire Subang sana, sebelum singgah ke majlis doa selamat sepupu en Adi dan Sue, dan malam pulak tidur di rumah tokey mumsluv puan Aida Fazlin . hooo penatnya, dengan time tu pulak lutut terkehel, sakit seluruh sendi ku ini. 

Selangor vs Pahang , 2-2


Kehebatan Pahang kalini memang power, Selangor dua kali menjadi pendahulu, nampaknya termakan dengan taktik pahang. Pemain Pahang jersi no 7, Ravendran Surendran, tentunya menjadi duri dalam daging Selangor, kerana berjaya mengecewakan pasukan gergasi merah ini untuk membawa pulang 3 mata berharga. Bagaimana kesilapan sama terjadi kepada pasukan red giants, dengan bolos di saat-saat penyokong Tok Gajah nak balik tengok anak-bini kat rumah. Dulu pun selangor pernah kena begitu semasa di Lumut, ketika selangor dah mendahului 1-0 hasil jaringan Forkey Doe jugak. Nampaknya begitulah nasib malang pak lebai Selangor.

Sayangi Selangor, Yakini Irfan Bakti ?

Apapun, tugas getir buat Irfan Bakti, yang perlu merombak semula jentera serangan Selangor, yang nampaknya mudah dibaca oleh pihak lawan. Walaupun Dark Forces  Selangor cukup berbisa, adakalanya, gabungan Raimi dan Sukor yang berjaya merobek gawang kelantan tempoh hari perlu di berikan peluang. Wan Hosnie pun dah lama tak main, tak pun gunakan Afiq untuk mengkucar-kacirkan lawan dengan ketinggiannya. Apapun VIVA SELANGOR !!!

Comments

  1. Selangor antara pasukan yg ambe rasa mampu bersaing sampai hujung musim.

    Cuma adakalanya barisan pertahanan tu, nampak macam cepat hilang fokus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul, banyak kali jugak hilang fokus, dan selalunya , lepas di bahagian mahali jasuli

      Delete

Post a Comment

Popular Posts