Selamat Hari Guru 2013

Selamat hari guru 2013, hehehe, dah lama tak mendengar lagu selamat hari guru. Dulu masa hari guru, gua pernah sekali je perform lagu manbai kau ilhamku. Hooo, memang best hari guru ni, kita tengok guru-guru sekolah kita habis kena main dan diorang memang baik . Tak jugak kekadang tu ada yang kena marah time hari guru , hahaha, nasiblah, apa nak buatkan. Oklah untuk hari ni, marilah kita tengok beberapa watak guru dalam filem, animasi, drama, komik dan sebagainya. Ok entry khas untuk warga pendidik.

selamat, hari, guru, adik, manja, cikgu , bedah
Cikgu dalam cerita adik manja:gambar dari google. Ingattkah korang kepada cikgu bedah ?

1) Cikgu Azmi (Dharma Harun) - Adik Manja

Wakta cikgu playboy, yang masuk sekolah perempuan, hooo, siap buat  resipi susu dari timun, adui, memang lawak, tapi cikgu azmi memang gentlemen, selesaikan masalah dalaman sebuah sekolah yang sudah lama bertapak. Apapun Cikgu Azmi memang sempoi, siap buat aktiviti luar sekolah hahhaha.

2) Cikgu Sharina (Noorkumalasari) - Adik Manja

Cikgu Sharina, yang cun, diminati oleh Cikgu Azmi, sampai last sekali boleh pulak cikgu azmi ajak bercium, adui, memang gilalah cerita lama-lama ni. Apapun, Cikgu Sharina  memang sentiasa menjadi teman Cikgu Azmi, sejak cikgu azmi masuk sekolah perempuan itu. Mereka bersama-sama menyelesaikan misteri baby yang sesat.

3) Cikgu Bedah (Adibah Amin) - Adik Manja

Adui, cikgu yang paling menyerlah, asyik kacau  cikgu azmi, suspect cikgu azmi ada niat jahat datang sekolah itu. Dialog yang paling gua ingat sampai sekarang ialah " Cikgu Azmi ada ANAK "

4) Cikgu Shaari ( P. Ramlee) - Masam-masam manis

Hahahha, yang kalau tak ingat, korang bukannlah peminat p ramlee yang sebenar. Adui, semua orang tahu dialog, cikgu suka main bola, hari hari cikgu main bola, adui. Apapun, cikgu shaari suka dating dekat zoo negara ( takda klcc lagi time tu), balik 4 pagi, sebab main dekat night club. Bolehlah duduk rumah sewa, buat pergaduhan, dan last sekali, dapat jadi guru besar.


5) Cik Ros ( Rose Yatimah) - Pendekar Bujang lapok

Kiranya masa ni bolehlah pulak si bujang lapok, kejar cik ros sampai  ke rumah, sebab nak cari wak mustarjo nak belajar silat. Cikgu Ros ajar benda benda basic, alif, ba ,ta, sampai pak mat boleh cakap huruf M. Tulah , jangan suka gelakkan orang Pak Mat, dialog yang kita ingat sampai sekarang, satu mesej kepada melayu yang malas belajar.


6) Cikgu Papazola - Boboiboy

Cikgu yang paling tak logik dalam sejarah kartoon negara, adake boleh keluar dari game, sepatutnya Papazola jadi hero, lepas tu terus jadi penduduk bumi. Beribu-ribu  cuba cari pekerjaan, dan akhirnya menjadi cikgu sekolah kepada boboiboy, fank, gopal, yaya, dan ying. Ajar pendidikan jasmani, tapi kantoi menipu masa lumba lari, adui, fail betul

7) Cikgu Jasmin - Upin Ipin

Cikgu paling baik, lemah -lembut, dan sopan santun dalam animasi Upin Ipin, best best, banyak benda yang kita belajar dalam cerita cikgu jasmin. Memang best, dan sesuai untuk semua golongan, dari kecil sampai ketua. Cikgu Jasmin pandai nyanyi, main piano, dan takut ulat bulu. hahaha

8) Dewey Finn (Jack Black )- School of Rocks


Hehehe, lari dari Malaysia, watak cikgu yang paling gua ingat, cikgu rock, yang ajar bebudak macam-mana nak jadi rockers, adui, rosak bebudak. Tapi sebenarnya rock tu attitude, dan bebudak itu dapat memahami menjadi pemuzik, rockers sebenar. Apapun, memang layan masa diorang buat konsert last.

9) Cikgu Onizuka (Takashi Sorimachi) -GTO

Hahaha, best gile kot, cikgu paling macho, gile samseng, kuat bergaduh, dan panas baran, suka tengok cerita lucah. hahaha, sampai semua cikgu tak sukanya. Adui, tapi memang gilakan cikgu cun kat sekolah tu. Dapat budak budak kelas rebel, dan akhirnya budak-budak tu semuanya suka kat dia. Scene yang paling tak boleh belah ialah masa dia lawan langgar lori dengan student dia, adui.

10) Cikgu Fuyutsuki ( Nanako Matsushima) -GTO

Hehehe, setiap hero, ada heroine nye, cikgu fuyutsuki, memang menjadi teman kepada cikgu onizuka, adui,sampai satu tahap tu, fuyutsuki sensei sediakan kepala ikan masa nak ajar onizuka sensei bahasa inggeris. Tapi otak si onizuka ni, adui, lain pulak fikirnya, hahaha. Biasalah cikgu lelaki.


11) Kumiko Yamaguchi (Yukie Nakama ) - Gokusen

OKlah, Gokusen pulak ada  cikgu perempuan, kumiko, yang berketurunan yakuza, sejak kecil diajar berlawan, adui, memang gilelah. Memang cun, tapi kalau lawan tu, habis semua orang kena pukul. Tapi terpaksa buat control ayu, dan menyorokkan identitinya sebagai pewaris yakuza, sebab takut student tahu. Cita-cita murninya, memang suka jadi cikgu sekolah, walaupun sebenarnya dah kaya sebagai yakuza.

12) Goro Sawatari ( Katsuhisa Namase) - Gokusen

Ok, ni cikgu yang asik ada, bila cikgu kumiko pindah, dia mesti ada kat sekolah yang sama dengan kumiko, Cikgu Goro ni asyik membantah apa yang cikgu kumiko buat. Adui, timbalan pengetua yang selalu buat hal,dan tidak disenangi oleh ramai cikgu, termasuk para pelajar.

13) Yuriko Minami (Yuu kashii) - My Boss My Hero

Cikgu cun, yang mengajar di kelas Makio, seorang pelajar tua yang menuntut ilmu supaya dia dapat jadi pewaris yakuza. Cikgu yuriko ni, kiranya watak yang banyak mengajar Makio tentang kehidupan . Tapi yang paling kejam, ialah bila sekolah mereka kena serang, Makio terpaksa berlawan, dan statusnya sebagai yakuza terbongkar, huhuhu. 


Selamat Hari Guru

Selamat hari guru, kepada guru saya kelas saya
1) 1 jingga -cikgu fatimah ke sarimah
2) 2 mahang - cikgu aminah
3) 3 merak - cikgu adnan
4) 4 rambutan-cikgu adnan 
5) 5 sentosa - cikgu asmarani
6) 6 perwira - cikgu asmarani

Sekolah Menengah
1) 1D -puan Ain
2) 2D -puan Azian
3) 3 Cekal - Puan Azlinda
4) 4 STE - Cikgu Amirudin
5) 5 STE - Puan Zalma


SELAMAT HARI GURU !!!

Comments

Popular Posts