Sebab nak berjaya dalam business

Baru je balik, dari minum, hoo, banyak gile kitorang bincang tadi, dengan orang penting jugak minum, macam -macam benda kitorang cerita, tapi semuanya tak lari dari business, ya, banyaknya, kitorang borak pasal business shaklee yang tengah hot sekarang ni. Dari nak jaga downline, nak buat marketing, dan paling penting , macam mana nak jadi leader yang bagus suatu hari nanti. Ianya perlukan beberapa kriteria penting, sebelum kita betul-betul layak. Tapi memang yang paling penting yang perlu kita tanya, Sebab Apa kita nak berjaya dalam business shaklee ni ? Adakah sebab duit ? masa ? travel ? hooo itu memang best pun. tapi ada lebih penting dari itu .

duit, best, shaklee, business, berjaya
Best ke banyak Duit ? 

Sebab UTAMA : Dapat MEMBUAT PILIHAN !!!

Korang baca balik, bunyi macam pelik, kenapa tak kata, sebab nak berjaya dalam business ialah dapat Duit banyak, Hoo, bunyinya nampak pelik, tapi sebenarnya itulah yang dikatakan sebagai KEBEBASAN, Ultimate freedom. Kita boleh membuat pilihan , pilihan ditangan kita, kita dikongkong , dan kita rasa tenang dan bebas untuk memilih yang terbaik untuk kita. Bahkan, ianya tiada masalah, jika pilihan kita kadang-kala menyakitkan orang lain, tapi tidak bagi kita, kerana kita punya kebebasan wang, masa dan tenaga, selain umur yang panjang dan sihat sejahtera. 

Tiada KONGKONGAN

Dapat membuat pilihan, sememangnya ialah kita  lari dari dunia yang glamor, dunia logik otak kiri. Kita tidak peduli dogma orang tua yang kebanyakkanya  tidak berjaya  dalam sesuatu bidang. Ada juga kita tidak perlu peduli, kerja itu dan kerja ini, akan memberikan gaji banyak, kerja tetap dan pencen yang senang di hari tua. Semuanya kita yang pilih, nak hidup macam-mana, nak bawak kereta apa, nak dengar muzik, fesyen dan sebagainya. Kadangkala, kita rasa pelik, seorang jutawan yang kaya raya, hanya bawak myvi sahaja, tidaklah pulak BMW. Bagi perempuan, kebebasan tak nak pakai beg LV, GUCCI, walaupun mampu beli beg tu sebulan sekali. Ianya menjadi suatu ketenangan, freedom, kebebasan, untuk memilih dan mencorakkan gaya hidup kita, tak kisahlah jugak seperti nak undi barisan nasional atau pakatan rakyat ataupun Ibrahim Ali parti katak. Orang lain kadang-kadang sibuk kerja, kita pulak pilih nak pergi jalan sana-sini tengok negara orang. Semuanya di tangan kita, jika kita berjaya dalam business.

Bagaimana Ingin Mencapai Ke Tahap Ini ? 

Ada dua benda yang penting, iaitu, bila DUIT BUKAN TUJUAN UTAMA . Hahaha, yang pening sikit nak faham, apasal pulak Bukan Duit ? Anda tahu, jika anda sudah sampai satu tahap, sebagai job satisfaction atau kepuasan bekerja, anda akan boleh mencapai tahap untuk memilih, membuat decision mengikut pengamatan sendiri tanpa perlu memikirkan orang lain yang mungkin dengki dengan anda. Lagi satu faktor kedua untuk ketenangan ini ialah ASAS YANG KUAT. Benda ini, sangat penting dalam menjayakan business , tak kisahlah shaklee, burung, gagak, emas dara dan sebagainya. Memahami tujuan sesuatu benda itu, lebih penting, anda perlu melalui saat pahit manis, kerana dalam buku pelajaran, ianya hanya catitan berdasarkan pengalaman, tapi nilai menikmatik dan melalui pengalaman susah senang dalam business adalah tidak ternilai. Jadi, anda perlu faham, usaha yang kuat, dengan teknik perniagaan yang betul, boleh membuatkan anda menjadi seseorang yang hebat.

Pengorbanan Sacrifice 

Saja saya ulang dua kali, sebabnya, benda yang anda hendak capai ini, perlukan pengorbanan , perlukan duit, masa, dan tenaga anda, dikorbankan untuk berjaya. Anda pun tahu, ramai yang hendak RM 50k, tapi usahanya hanyalah layak mendapat RM 500 sahaja. Ada pulak takut nak belajar, nak keluar duit beli buku RM 15 pun tak sanggup, so tak hairanlah jika hasilnya pun sikit. Nampaknya, kita perlu berani, dan terus -menerus untuk mencuba, dan menghadapi krisis rugi duit, sebelum kita nak pegang duit yang banyak. Ternyata, dulu, saya galakkan wife mencuba pelbagai teknik pemasaran facebook , dan akhirnya duit itu memberikan pulangan, dan wife berjaya naik pangkat Supervisor pada Jun 2012. Bagi saya, saya sudah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan, kerana saya sukakan wife saya menghadapi cabaran, samalah kami menerima cabaran berniaga dalam syarikat burung suatu ketika dahulu.


Kesimpulan: Pilihan Di Tangan Anda

Untuk berjaya, untuk bebas, untuk merasai banyaknya duit dan sebagainya, anda sendiri yang tentukan, anda ingin berjaya atau tidak, terpulang kepada anda. Jika anda berminat, boleh juga Puan Ainul Mustafa membimbing anda dalam perniagaan shaklee ini. Semuanya bergantung kepada anda, di luar sana, pelbagai peluang terbuka, cuma anda perlu kerja, jangan malas, keluar dari comfort zone, dan terus menerus mengimpikan kejayaan yang indah. Oklah sehingga kita bertemu lagi. Salam
\



Comments

Popular Posts