Peluang Kelantan dan Selangor dalam AFC CUP 2013

Bagaimana rasanya peminat kelantan malam ni ? Rasanya tentunya satu Malaysia, yang betul betul minat bolasepak malaysia akan menonton siaran secara langsung perlawanan di antara kelantan menentang pasukan dari hongkong. Selangor pula dilihat menghadapi laluan sukar apabila perlu bertemu juara Maldives, yang rata-rata membarisi skuad pemain kebangsaan maldives. Oklah jom kita tengok peluang kedua-dua belah pasukan untuk layak ke suku Akhir AFC Cup 2013. Doakan yang terbaik untuk pasukan wakil Malaysia  ini.

afc cup, selangor, kelantan ,shaklee
AFC Cup logo dari kelab east bengal hahaha

Peluang Kelantan 

Sebagai juara kumpulan , Kelantan nampaknya  tidak menghadapi laluan sukar untuk mencabar kelab hongkong di gelanggang sendiri malam ini. Nampaknya dalam liga tempatan pula, keserasian dickson terus ditagih, dengan larian kencang dan tendangan deras yang laju. Apapun, petratov pula akan membantu jentera serangan kelantan untuk merobek gawang pasukan lawan. Selain itu, Indra pula berada di satu tahap yang terbaik dengan beberapa kali menjaringkan gol dalam saingan liga super. Tapi yang paling menakjubkan ialah kapten marvel Piya, cemerlang dengan menjaringkan gol dari sepakan sudut sebanyak dua kali, satu semasa melawan kelab vietnam, satu lagi ketika melawan negri sembilan. Nampaknya, momentum kemenangan Kelantan akan terus dibawa bagi melayakkan Kelantan mara ke  suku akhir, dengan dibantu penyokong mereka yang setia. Tapi, ada lagi satu kejutan untuk pasukan pantai timur, malam ini dikhabarkan, referee yang melayangkan kad merah kepada fazli shas akan menjadi pengadil perlawanan malam ni. Tentunya rakyat tak boleh lupakan sejarah hitam kekalahan kita kepada Thailand, yang disebabkan oleh mutu pengadilan yang berat sebelah.


Peluang Selangor

Skuad Gergasi merah yang asyik seri 4 kali, nampaknya perlukan magik, supaya dapat layak ke suku akhir AFC Cup 2013. Prestasi anak buah irfan bakti ini ternyata melemahkan semangat penyokong selangor, yang hanya mampu seri dalam 4 perlawanan sebelum ini. Nampaknya, selangor perlu bangkit, dengan menyusun kembali jentera tengah yang  hilang kreativiti, dan taktikal yang mudah di baca oleh pihak lawan. Peluang selangor nampaknya amat tipis, dan kita tunggu esok sahaja, adakah Selangor membuktikan mereka adalah jaguh bola sepak di Asia ini.


Doakan Kemenangan


Apapun, kita mengharapkan pasukan dari Malaysia akan layak ke suku akhir . Tapi ternyata laluan amat sukar, dan kita perlu kerja keras untuk berjaya. Selamat berjuang Kelantan dan Selangor !!!!




Comments

  1. Usaha yg baik untuk buat ulasan piala afc sebab saya tak buat pun..haha...tapi kalau susunan ayat diperkemaskan,kata nama khas seperti negara,nama pemain diletak huruf besar lagi cantik...boleh lawat blog bola saya kalau senang.. http://hadriegas.blogspot.com/2013/05/prebiu-liga-super-perlawanan-18.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. hooo ok, thanks for advice, aku nye, sebenarnya lebih ke pasukan selangor, tapi pun tgklah , tak semua game aku review, aku cuma tgk mana yang aku reti nak ulas je, hahaha

      Delete

Post a Comment

Popular Posts