Otak Kanan Melayu Hebat

Saya macam biasa akan menulis tentang keywords yang masuk dalam blog saya, bila tengok nuffnang, ada juga orang yang cari tentang otak kanan melayu. Hmm, satu benda yang saya nak ulas dan beritahu anda, memang orang melayu kita hebat. Walaupun begitu, mereka ini ada yang popular dan ada juga yang kurang popular, ada  yang menerima nasib berbeza. Jom saya senaraikan beberapa insan cemerlang, dengan otak kanan yang dikira sebagai GENIUS melayu.


melayu hebat


1) Abdul Halim Bustaman aka Ketua Saintis Dunia

Saya mulakan dengan En Abdul Halim Bustaman atau dengan nama gelaran yang direkanya sendiri, iaitu Ketua Saintis Dunia. Secara jujurnya, saya mula menghargai otak kanan setelah mendengar pakcik tua ni memberi ceramah percuma. Kehebatannya terserlah, dengan menekankan konsep gambar, paten, dan otak kanan itu sendiri dalam mengira sifir, membuat  pengiraan matematik dan sebagainya. Manusia hebat yang berasal dari Teluk Intan ini berpendapat, manusia biasa seperti kita sering menggunakan logik otak kiri untuk menyelesaikan masalah, kerana di sekolah sejak kecil lagi kita diterapkan dengan penggunaan otak kiri untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Dia juga mengajak kita berfikir, kenapa Al-Quran di baca dari kanan ke kiri. Saya pula mendapati, sememangnya bahasa hebrew, yahudi , juga di baca dari kanan ke kiri.

2) Adi Putra - Genius Matematik

Yang ni bukan adi putra pelakon tu ye, yang ni ialah Adi Putra yang genius, sudah pantai matematik dan boleh mengajar orang dewasa dengan kiraan matematik yang direkannya sendiri di dalam minda. Bak kata pengakuan ibunya, sejak dalam perut, ibunya mengamalkan surah surah Al-Quran setiap hari, dan ternyata, berkat dan keihklasan, lahirnya seorang genius matematik yang disegani di seluruh Malaysia. Aku masih ingat lagi, semasa adi di dalam rancangan AC Mizal, aku kagum dengan teknik ciptaannya iaitu teknik cakerawala yang boleh menyelesaikan masalah pendaraban matematik bagi nombor nombor tertentu. Walaupun dia hebat, tetapi Adi Putra pernah mengeluh, kerana dia perlu ke sekolah biasa, dan menganggap dirinya kereta Ferari yang laju meninggalkan kereta kancil atau proton buatan kerajaan barisan nasional. Tapi ada juga satu kes masa tu aku ingat, Adi dikaitkan dengan kes membuat ubat yang menggunakan mukanya sebagai pelaris, dan aku tengok memang banyak ubat ubat itu di pasaran satu ketika dahulu.

3) Mokhtar Haji Mansor - Kaedah Mokhdar

Saya dulu, ingat lagi, masa di sekolah rendah, En Mokhtar ini pernah datang ke sekolah renda saya di seksyen 6 shah alam. Dengan teknik singkatan nombor, dia mengakui, bahasa nombor kita susah dikuasai kerana rata-rata mempunyai 2 suku kata. Dia kata, bangsa cina lebih power matematik kerana singkatan menyebut  nombor itu hanya sekali sahaja, dan mengakui kiraan boleh dibuat dengan pantas. Saya masih ingat dulu, masa beliau menulis nombor yang ada di depan, saya cuba ke depan untuk menyebut nombor-nombor tersebut, dan memang ternyata, saya boleh hafal nombor-nombor tersebut, ingat lagi saya dapat bukunya , satu poster, dan duit rm 7, hahah, saya buat duit tu beli komik dendam kesumat. Hahhaha, tapi sekarang ni, saya hanya terbaca, yang kaedah mokhdar ini menjadi alat skim cepat kaya, yang menyuruh anak anak melayu sana untuk mengambil bahagian dalam kem mereka. Ada juga yang memarahi Kaedah ini kerana kaedah penghafalan bukannya sesuai bila kita berada di peringkat universiti, dan saya  setuju juga, kerana di Universiti, pemahaman sesuatu masalah adalah lebih penting dari menghafal jawapan kepada persoalan. Hahha, apapun, ianya menjadi fenomena juga suatu ketika dahulu.


OKlah, setakat sahaja dulu untuk sesi otak matematik, buat masa ini, saya hanya menyenaraikan genius matematik sahaja terlebih dahulu. Buat anda, banyak lagi tokoh tokoh lain yang hebat, apapun, OTAK KANAN MELAYU MEMANG POWER !!!!

Comments

Popular Posts