macam mana nak buat duit dengan shaklee

Salam jumaat semua, saya tak update blog sehari, susah sangat hidup. Biasalah, kita pun banyak kerja lain nak buatkan, takkan nak buat duit dengan shaklee je, banyak benda lain, kenduri, lawat saudara, bersukan, berkaroeke, dan sebagainya. Tapi , zaman sekarang yang hidup dengan keadaan inflasi dan ekonomi yang dikuasai kapitalis, tentunya ramai nak tahu cara buat duit. Oklah, di sini saya akan menceritakan cara-cara nak buat duit. Orang kata nak kena daftar shaklee baru boleh buat duit, tak semestinya kakak-kakak abang abang, mari kita tengok di bawah.

buat, duit, banyak, shaklee, ekonomi, kapitalis, gaji,  cukup-cukup makan,
keperluan buat duit tambahan kalau nak kira baki dari gaji kerja 

Kenapa kena buat duit dengan shaklee ?

Yang ni tak kisahlah, nak buat dengan shaklee ke, online ke, blog, youtube, tapi sekarang ini, dah menjadi satu kebiasaan dan lumrah hidup di bandar, kebanyakan rakyat Malaysia akan buat multiple income, income dari sumber yang lain, dari part-time, hinggalah menjadi fulltime macam hadhatina dan mkb. Kalau aku punya elaun bright spark pun memang sikit, kita pun ada keluarga untuk di jaga, nak kira rumah dan sebagainya. Ternyata realiti sekarang memang mengcengkam. Dalam kita sibuk nak tukar kerajaan , BR1M dan sebagainya, kita perlu sedar, income poket kita boleh di tambah, dan itu ialah di bawah KAWALAN kita sebenarnya. 


Cara Pertama : Kitar Semula Bekas  Shaklee

Cara pertama dulu kami buat duit ialah dengan kitar semula. Kalau korang tengok, jiran-jiran korang yang buat shaklee, kekadang tu kotak-kotak shaklee tu diorang buang je, dengan bekas ESP yang gebu itu, dibuangnya ke longkang, jadi kutip dan simpan. Saya dulu memang rajin kitar semula kertas, plastik , besi-besi, memang boleh buat duit. Yang menariknya, dulu saya ada buat duit macam mana nak tukar sampah jadi EMAS, menarikkan ? Ok ingat, sekarang ini pun, ramai dah mula kitar semula, termasuklah dashboard kereta baru kami, pakai teknologi plastik kitar semula, rasanyalah kot. 


Cara Kedua : Buat Liputan Cerita Syarikat Shaklee

Yang ni kalau anda seorang reporter, wartawan, blogger hebat yang cun lagi comel, ataupun anda ni pengamal media, cubalah buat liputan tentang produk dan business yang hebat lagi meriah ini.  Tentu sekali ramai yang singgah baca blog anda itu. Tak pun, anda kerja kat majalah ISihat yang setiap bulan ada cerita pasal khasiat dan manfaat shaklee kepada manusia di seluruh dunia.


Cara Ketiga : Kerja dekat pejabat Shaklee

Yang ni pun kiranya cara yang betul untuk buat duit, makan gaji lah, tapi banyak pahala korang.  Susah juga nak jaga kaunter, ambil order, packing barang, tolong daftarkan orang. Lagi-lagi kat HQ subang tu, sibuk ooo, tapi kalau tak ramai orang, memang korang rileks jelah. Tapi hari ini, orang yang kerja  kat branch sana, akan stay sampai malam, sebab hari ni CLOSING, jadi ramai yang akan top-up beribu-ribu UV masuk dalam akaun mereka, barulah bonus besar. Tapi kelemahan cari ini ialah gaji anda tidak boleh dikawal, anda tak boleh minta boss anda bagi gaji RM 10k kat anda, walaupun anda ini tukang cuci, ataupun sales director di syarikat tersebut.

Cara Keempat dan Paling Berkesan : Jadi Ahli Shaklee bawah RMC

Jadi Ahli Shaklee bawah RMC pimpinan Ainul Mustafa, dengan hanya berbekalkan RM 65, itupun kalau anda betul betul serius, rajin dan tak mudah putus asa, anda cakaplah anda nak berapa income, usaha anda akan membuahkan hasil, hahhaha. Dalam group ini, macam -macam cara nak promosikan cara hidup yang sihat. Kami akan pimpin anda untuk berjaya dan menjadi jutawan muslimah atau muslim satu hari nanti. Jadi ahli banyak kelebihannya , selain dapat bimbingan untuk membuat business online dari rumah, tak perlu nak keluar duit modal beribu-ribu tahniah ala syarikat burung. 


Comments

  1. gaji rm4k pun tak cukup ye... done follow u - Noob

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha tak jgk bro, member dulu makan gaji RM2.5k, rasa tak cukup, bila fulltime business, bulanan RM1.5k, rasa cukup,

      Delete
  2. ayat last itewwww...heeee :D tak perlu nak keluar duit modal beribu-ribu tahniah ala syarikat burung.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts