Taktik Negatif Irfan Bakti

Taktik Negatif Irfan Bakti: Analisa Ninjaseni

Sekali ninjaseni pulak nak cerita pasal bolasepak, satu taktik negatif Haji Irfan Bakti, yang selalu membawa padah kepada pasukan bimbingannya. Tapi yang gua masih ingat, ialah ketika dia membimbing Terengganu dan Selangor. Kalini, gua akan tengok kembali, mengingatkan korang taktik biasa Irfan Bakti, bagi yang gua ingatlah dulu ye.

irfan bakti mungkin tidak lama dengan selangor ?

Perjalanan Irfan Bakti

Kiranya dulu, irfan pernah menjadi jurulatih negeri sembilan, pulau pinang, tmfc, yang tu kiranya korang boleh search je kat wikipedia tu, tapi bagi gua ingat masatu dia jadi jurulatih  Pulau Pinang, hahaha. Masa tu , zaman player yang paling power, player Cina penang iatu Aiman Wong Abdulullah, hahah, apatah nama cinanya dulu. Tapi tiba-tiba pada zaman Selangor dan Kelantan tengah control liga super, tetiba Irfan Bakti muncul kembali bersama pasukan Terengganu, yang selalu menjadi pengacau kepada pasukan lawan. Kiranya, pasukan Terengganu di segani bersama Haji Irfan Bakti.

Corak Serangan Balas Cepat

Sejak membimbing Terengganu dan sekarang pasukan Selangor, taktikal coach ni, suka kepada teknik serangan counter attack. Kiranya masa di Terengganu, Joseph Kalang Ti akan memainkan peranan yang penting untuk membuat hantaran lintang, kepada manaf manan, abdul hadi yahya, yang memang berbahaya . Masih ingat lagi, taktikal Irfan Bakti berjaya menyekat pasukan Kelantan dan Selangor ketika Piala Malaysia 2011.

Pendekatan Yang Sama di Selangor ?

Semasa zaman Safiq Rahim, Selangor jarang bermain corak menyerang pantas, kerana Safiq lebih gemar untuk membuat serangan dari bawah, dan menggerakkan serangan dengan bermain hantaran -hantaran pendek. Ternyata, sekarang Irfan Bakti suka bermain counter attack , dengan beberapa pasukan menjadi mangsa , terutamanya Kelantan dan JDT. Tapi malangnya, bukannya selalu menjadi taktik serangan pantas itu, dan kalanya ada bahayanya.

Kes 1 - Terengganu vs N Sembilan Final Piala Malaysia 2011

Yang ni aku dah banyak kali sebut dulu, masa ni, Irfan Bakti suka sangat bertahan dan selalu menunggu peluang untuk menyerang. Walaupun hanya berjaya mendahului dengan satu jaringan, tapi akhirnya kalah juga kepada kebangkitan 2 gol dari Negeri Sembilan yang ketika itu dipimpin oleh Azrai Khor Abdulullah. 

Kes 2 - "Jangan Bermimpi Di Siang Hari " -Selangor vs Kelantan 


Keyakinan melampau Irfan ketika menerima kunjungan Kelantan semi final Piala Malaysia 2012, membawa padah. Kerana sibuk menyerang dan cuba bermain psikologi, akhirnya Bojan Hodak berjaya merobek gawang Selangor dengan 2 gol , hasil dari gol Mohd Gadhar dan Kapten Marvel Piya.

Kes 3- Selangor vs JDT - Suku Akhir 2013 Piala FA


Ini antara bagi aku dosa besar Irfan Bakti, kerana gagal untuk mengesan serangan balasan JDT, walaupun Selangor mendahului 2 gol. Hanya kerana yakin Selangor mampu bermain dan bertahan sebelum itu, akhirnya membawa padah. Baca ulasan game itu pada post aku sebelum ni.

Kes 4- "Nunez Hanya Biasa Biasa Sahaja"

Walaupun lepas game baru Irfan Bakti bercakap benda ni, ternyata Selangor menerima padah dengan serangan Nunez yang berjaya meranapkan impian Mahali Jasuli dan rakan rakanya dan Tasha Shilla. Si Boroi telah diperkecilkan, dan Selangor pula terasa seperti bintang kerana berjaya mengalahkan JDT 2 kali sebelum itu. Nampaknya, JDT  datang ke Selangor sebagai pasukan underdog, dan ternyata ianya  satu kejayaan manis menumbangkan Selangor. Tengok sahaja muka Fandi Ahmad yang kelihatan gembira dan berpuas hati. P Maniam pula terpaksa cover malu bossnya yang  hilang punca selepas perlawanan.

Kes 5 - Masalah Bermian di waktu Petang

Ini lagi satu punca masalah yang penting, ketika Selangor berkunjung ke tempat lawan, aku tengok possesion ball memang amat lemah, dan selalu menunggu untuk menyerang balas. Ketika di India, team India , East Benga menguasai hampir keseluruhan permainan, dan Irfan Bakti mengakui terpaksa bermain secara negatif dan bertahan.

Kesimpulan

Yang ni sekadar ulasan aku sahaja, yang kurang gemar dengan taktik anti football, yang selalunya membawa padah jika tidak dirancang dengan betul. Tengok manager terhebat di dunia, sir alex ferguson, jose mourinho, roberto di mateo, dan ramai lagi, semuanya pernah mengalami kegagalan anti-football, walaupun umum mengetahui, JOSE berjaya memecahkan taktikal serangan tiki-taka barcelona. 


Comments

Popular Posts