Pada bilakah Malaysia menjuarai piala ?

Pada bilakah Malaysia menjuarai piala ? Analisis Kemajuan Sukan 

Ramai jugak dok tanya soalan saya, bila Malaysia menjuarai piala ? Soalan depa ni tak habis pulak, saya tanya piala apa ? tapi takpa saya cuba cerita satu satu piala -piala yang penting untuk kita menang, sebagai rakyat malaysia yang tercinta  ini. Apapun, majulah sukan untuk negara terlebih dahulu. Mungkin hang kena shabery cik ada jawapannya, takpun FArM dan kawan kawannya.

impian menjuarai piala dunia
Piala Dunia

Bilakah Malaysia Menjuarai Piala AFF Suzuki ?


Jawapannya masa team kita masa tu si Safiq Rahim cemerlang bersama selangor, Apek cemerlang bersama kelantan, dan masa tu team JDT belum diwujudkan oleh TMJ. Dan juga sebelum pemain import yang tah hapa hapa datang main kat Malaysia balik. Secara sejarahnya, kita first timelah menang player ni pada tahun 2010, mengalahkan tuan rumah Indonesia , terus gila kita tengok masa tu Apek terus glamor, Safee sali main kat indon, dan macam macam lagilah.

Bilakah Kali Terakhir Malaysia Menjuarai Piala Thomas ?

Jawapannya ialah pada tahun 1992, masa kegemilangan adik-beradik sidek, yang berjaya mengalahkan Indonesia jugak, dan selepas itu, Indonesia membalas dendam, dan selepas itu malaysia tak pernah menang, asyik China je menang dengan taktikal yang gempak sambil psycho yang power dari Lin Dan dan sahabat handainya. Memang tak tahulah sebenarnya malaysia nak menang piala thomas ni, Kalau chong wei ni macam naruto kagi bunshin tak pa jugak. 

Bilakah Malaysia akan menjuarai Pingat Emas Olimpik ?


Tak tahulah, kalau kementerian sukan pun tak betul betul stress pasal sukan ni, kita masih mimpilah untuk tengok atlet nak pegang cium pingat emas. Tapi tak mustahil juga, sebab pandelela dan azizul dah nampak macam boleh , tapi kena banyakkan lagi bakat dan pelapis muda yang berkebolehan untuk power dan maju kedepan.

Bilakah Malaysia akan menjuarai Piala Dunia ?

Soalan yang akan memusnahkan hidup korang, hahaha, tak tahulah nak jawab, selagi FArM masih berkuasa, dan kita tak buat revolusi bola sepak, selagitulah kita takkan layak masuk Piala Dunia . Buat malu kat jepun, korea dengan China je. hahhaha. Dulu kiranya Brazil dah lima kali menang, tapi sekarang ni, sebab masih duduk dalam comfort zone samba mereka, ranking Brazil pun dah jatuh. Malaysia lagi power, Sultan FArM masih lagi pegang jawatan, tak mahu turun, sampai ranking dah jatuh, adui, nasib baik rajagopal backup dia, RANKING TAK PENTING, hahahaha. Oleh itu, rakyat malaysia semua, bermimpilah, tengok EPL dan UCL lagi bagus.

Comments

Popular Posts