MANIFESTO Zalim Yang Menindas Rakyat Malaysia ?

MANIFESTO ZALIM DI MINGGU KE EMPAT  - MENANG BATTLE DAN MEMBUAT LOQUE BANGUN MENYEMBAH

Tahniah MANIFESTO, aku rasa minggu ni minggu paling cemerlang, Manifesto memang zalim dengan Azri Kerk membantu dengan bass solonya menang Battle melawan KRISTAL . Apa yang paling kejam buat aku ialah, korang berjaya paksa LOQUE bangun menyembah MANIFESTO, berbanding band -band lain yang bertanding. Kejahatan band ini makin menyerlah, jom kita ulas satu persatu kezaliman yang mereka buat terhadap rakyat jelata.

manifesto kejam sehingga membuat loque bangun menyembah korang
Manifesto Yang Zalim lagi JAHAT memenangi BATTLE BASS SOLO, dan membuat LOQUE menyembah korang, gambar dari facebook TOMOK

1) Keluar Dari Zone METAL

Kali ini, aku nampak, imej MODREAD terus dilenyapkan, ianya bagi aku satu tindakan yang bijak, element berat masih ada, dengan gitar berapi fami, tapi ianya seakan -akan, aku dengar MANIFESTO bukannya gabungan tomok dan modread, tapi ianya sebuah band baru yang hendak bertanding menentang band-band lain yang telah lama bersatu. 

2) BASS Solo Azri Kirk yang Jahat

Pemilihan lagu, arrangement yang menarik dan penuh dinamik, itu kata Jen yang memuji Manifesto kerana membuat arrangement yang menarik. Loque pulak memuji Kirk dengan solo gitar yang jahat, dan keluar dari tipikal slapping bass teknik yang memang akan menyakitkan tangan kalau tak biasa. Tak kisahlah bagi aku, Kirk pakai pick guitar berbanding kecik kristal yang slapping, tapi ianya cukup memikat Jen dan Loque untuk Manifesto menang RM 10,000. Aku memang terbayang kan Cliff Burton seolah olah masuk dalam jiwa Kirk, hoo, dan akhirnya memang betul sekali, Kirk mengakui tekniknya memang kurang bagus, tapi semangatnya itu kelihatan jahat dan menjahanamkan .

3) Membaca PEMIKIRAN PIHAK LAWAN

Inilah satu KEJAHATAN MANIFESTO, aku tak pasti, ianya seperti mereka bermain dengan Mesin Masa, pergi ke hadapan, dan membaca perancangan pihak lawan, dan akhirnya, lahirlah satu revolusi yang dikatan KOMBINASI PALING ZALIM, seolah olah orang kampung, ataupun bagi aku, Hang Tuah 6 bersaudara sedang lepak minum di Starbucks dan melayari facebook sambil buat online business shaklee, MLM, emas forex, dan lain lain. Sedangkan 4 band lain, bermain dengan arrangement yang lebih kurang sama dengan konsep modern rock, Manifesto dengan dikir barat, nyanyi denga loghat kelantan, terus-menerus menaikkan kembali semangat KEROSAKAN dalam VERSUS. Aku masih ingat, cara persembahan mereka, sama seperti Hujan tahun lepas yang membawa gambus dan seruling naik ke pentas. Apapun HUJAN memang mentor kepada MODREAD, yang  merekodkan album mereka di studio Kamar Seni milik AG COCO.

4) TOMOK membawa AURA OIAM 3 ?

Aku dapat rasakan, kali ini, TOMOK akan membawa aura oiam 3 dulu, masih ingatkah korang, dengan perubahan imej tomok, dengan hilangnya suara sengau, hilangnya kemuda remajaan, terus bertukar menjadi kreatif dan rock, sehingga shafinaz slim pun terkedu-kedu mendengar nyanyian TOMOK. Aku dapat rasakan, aura Tomok sudah kembali, dengan ideologi kejahatan Manifesto yang akan menakluk rakyat Malaysia menonton VERSUS di TV9.

MANIFESTO AKAN MENJADI JUARA VERSUS MUSIM KEDUA?

Perjalanan masih panjang, ianya makin sukar, Loque sudah memberitahu semua band, keluarlah kamu dari zone Rock yang kamu telah khatam. Mencari kreativiti di luar imaginasi memang sukar. Kesungguhan Manifesto keluar dan membuang imej MODREAD, amatlah membuatkan hasil. MINGGU DEPAN akan terus mencabar dan mencabar. Mungkinkah Ainul akan berentap menjahanamkan DRUM yang ada di pentas Versus ? Sama sama kita  saksikan.

Comments

Popular Posts