MANIFESTO BUKAN JANJI ?

MANIFESTO BUKAN JANJI, MANIFESTO IALAH TOMOK+MODREAD

Manifesto bukan janji tu si Khalid Ibrahim presiden FAS yang tak buat kerja  punya  janji, tapi kali ni MANIFESTO ialah gabungan MODREAD dan TOMOK, hahhaa, memang gilelah, dengan kepaduan MODREAD, dan suara Tomok yang mengancam dengan Sejuta dalam Satu punya kualiti, tentu ramai dah tengokkan VERSUS musim ke 2 . JOM kita tengok kekuatan MANIFESTO ni .

MANIFESTO =TOMOK + MODREAD

Gabungan PALING UNIK

Hahaha, aku dah kata dah, inilah gabungan palin unik dalam VERSUS 2 kali ni, aku tak sempat nak layan versus 1, yang ada gogerilla, dan typewriter, tapi kali ni TOMOK lebih berani, kerana memilih MODREAD untuk merosakkan lagu-lagu dalam MALAYA ni. Korang tentu tahukan, kisah hero remaja, dikalangan peminat NEW BOYZ, termasuk adik aku dulu pun ada simpan poster jiwang tomok, tapi itu sejarah tak mungkin berulang, dengan ahli kumpulan new boyz banyak komitmen lain, tomok dengan tepatnya memilih Modread untuk menghiburkan seluruh rakyat  Malaysia di tv9 setiap jumaat pujul 9 setengah malam.

Kekuatan MODREAD dengan BLACK ?

Yang ini adalah satu kelebihan Modread, kerana dengan pengalaman beraksi dengan Black, ternyata aku rasa Tomok juga akan memilih Modread, kerana kebolehan mereka bergabung tenaga, dan aku rasa lepas ni, Modread tentu akan lebih banyak kolobrasi yang gila canggih. Mungkin lepas ni aku rasa Modread kolobrasi dengan MAS IDAYU ? hahaha, semuanya tidak mustahil.

Ainul dengan DENDAM  Kristal ?

Pertemuan kalini lebih menarik, dengan Ainul, bekas drummer KRISTAL, akan menemui semula rakan rakan nya sewaktu mereka membesar dengan Seragam Hitam. Ternyata Ainul lebih berani, dengan hentakan padu yang aku rasa akan membuatkan drum tu akan tercampak terkena muka Jenifer Tompson tu. Apapun kekuatan AINUL mengetuk drum, antara yang paling padu dalam VERSUS 2 kalini.

TIGHTNESS VS HEAVY VS KREATIVITY ?

Benda yang paling sukar dalam VERSUS , ialah merosakkan lagu, ianya sukar untuk diterima sebenarnya oleh masyarakat Malaysia secara amnya. Bagi pemuzik MANIFESTO, 2 kali cubaan bermain penuh metal, kadangkala membawa padah, dan Jen telah menegur mereka kerana selalu sangat dengan muzik HEAVY. Akhirnya pada minggu lepas, Manifesto lebih berani dengan killer arrangement oleh Fami Modread. Selepas ni, esok, apa yang akan terjadi, tentu akan membuatkan mereka perlu keluar dari kotak pemikiran, keluar dari zone selesa untuk mencari muzik yang lebih mantap dan segar.

Janji Bukan Sebarang Janji MANIFESTO

Gabungan ini akan terus dikenang, kerana ianya pun keluar, semasa kempen PRU 13 yang sibuk mencari kesalahan mamat A tiru Manifesto mamat B. Apapun yang terjadi, Tomok dan rakan rakannya, Fami,  Kirk, Sapiq, John dan Ainul, akan membuat korang semua tak senang duduk, dan korang rasa, pergi ke Space U8 shah alam lebih berbaloi dari menonton tv di rumah. 

Comments

Post a Comment

Popular Posts