Mahali Jasuli Buat Hal Lagi

Mahali Jasuli Buat Hal Lagi - Lebih Dasyat

Setelah selangor berjaya mengalahkan JDT sebanyak 2 kali, nama Mahali Jasuli terus meniti bibir peminat peminat bola sepak tanah air, kebangkitannya terserlah ketika dia menjaringkan gol semasa kempen PIALA AFF 2012, bergandingan dengan Wan Zack Haikal. Oklah, kali ini kita senaraikan beberapa perkara tentang mahali jasuli, yang sekarang ni suka buat hal .

pemain terbaik mahali jasuli
Mahali Jasuli dipilih sebagai pemain terbaik ketika menentang JDT
1) Mahali Jasuli dipilih menjadi pemain terbaik ketika selangor melawan JDT peringkat liga super di shah alam. Mahali bertahan dengan baik, dan menjaringkan gol yang cantik, walaupun ketika itu selangor hanya bermain dengan 10 orang. Selangor menang 4-1.

2) Sekali lagi Mahali menjadi pemusnah untuk game semalam suku akhir ketika Daniel Guizza dan Simon Del Nero tengah bermain untuk game terakhir mereka. Mahali yang selalu overlapping menggelecek pemain JDT dan terus menjaringkan gol pertama selangor. Selangor menang 2-1 piala fa first leg. MOTM ialah Norazlan yang sempoi gile save penalty Guizza.

3) Kata Marlon Alex James, Mahali dah boleh main kat eropah berdasarkan kualitinya, ala-ala Cafu. Bagi aku, Mahali dah kena keluar Malaysia untuk kembangkan bakatnya.Apapun dia tetap memilih Selangor, sebab idolanya Azman Adnan yang bermain dengan Selangor.

marlon memuji muji mahali
Marlo Alex James punya twitter, 


4) Jurulatih Yemen, katanya perlu menyekat Mahali untuk menang melawan Malaysia tempoh hari, bukannya sekat Mat Yo ke apa. hahha, nampaknya jurulatih Yemen pun tahu, siapa yang selalu buat hal kat defends pihak lawan.

5) Walaupun Mahali banyak membantu serangan, sebenarnya, dari segi defensive, banyak  jugak gol yang bolos di kawasan kanan, yang ni aku selalu tengok. Memang kat kawasan Mahali, mereka senang untuk mencari gol, sebab mahali dah naik ke atas.

6) Power power Mahali telah digosipkan dengan Tasha Shila, katanya kawan baik sahaja. Dulu yang lagi power gosip, Asrarudin digosipkan dengan Rozita Che Wan Janda Seksi. Tapi ini memang standard player player selangor suatu ketika dulu, Rusdi Suparman pun digosipkan dengan Amalina Dangdut. 

7) Tahun ni, kalau pemain pertahanan terbaik dapatkan Aidil lagi, aku rasa otak FAM memang sakitlah, ini je satu satunya player pertahanan dalam Malaysia yang berbeza , terima kasih kepada OKS yang mendidiknya, termasuk jugak King Gopal.

tasha shilla cun
sekadar hiasan


Comments

  1. bermula dgn mahali..berakhir dgn tasha shilla.. pendapat sy, 80% org tatap gambar tasha shilla lebih lama berbanding mahali :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. last sekali tgk cerita dia berlakon dengan fahrin ahmad, hahaha, lawa jgk

      Delete
  2. kenapa tak digosipkan denganemma maembong..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts