Macam Mana Khairul Fahmi Menjadi Penjaga Gol NO 1 ?

Macam Mana Khairul Fahmi menjadi penjaga gol no 1 ? - Ulasan Pakcik BABAH

Secara lawaknya, macam manalah, aku check nuffnang, boleh keluar keywod, macam mana khairul fahmi menjadi penjaga gol no1, so aku terus buat entry khas  untuk apek penjaga gol no1 negara dan kelantan. Korang pun tahu kisah kecemerlangan beliau yang power lagi dasyat itu, so aku nak ulas serba sedikit bagaimana nak jadi penjaga gol no 1.


khairul fahmi che mat


1) Kena jadi PENJAGA GOL 

Hahaha, yang ni paling penting, kalau nak jadi penjaga gol no1, kenalah jadi penjaga gol, tak boleh pulak nak main striker, midfield atau defense merangkap wings ala ala mahali jasuli. Aku dulu pernah jadi gol keeper masa darjah 5, hoo, memang susah woo, sekadar wakil kelas, tapi tugasannya memang berat, kena berdepan budak rembat power, rempuhan dan sebagainya .

2) Bersaing dengan PENJAGA GOL lain

Bukan senang nak jadi penjaga gol no 1 negara, masa apek mendapat tempat, dia masa tu gantikan keeper senior kelantan, dan terus apek mendapat tempat sebagai keeper negara ketika beraksi cemerlang bersama kelantan. Ingat lagi, sebelum apek, sharbinee alawi ialah penjaga gol no 1 negara,  yang menjadi wira ketika malaysia memenangi pingat emas setelah 20  tahun kempunan pingat emas bolasepak .

3) Kena save PENALTY

hahaha, ini ketara sekali, kalau korang nak jadi hero, korang atleast kena save penalty. Yang ni amat penting menjaga kredibiliti korang sebagai penjaga gol no 1, kalau tak jangan haraplah, hahaha. Kiranya bila korang save penalty dan jadi wira, memang markah kehenseman akan naik mendadak. Tak caya, tanya norazlan, alhafiz, nunez, buffon, dan sebagainya.

4) Muka Ala HERO HONGKONG

Hahhaha, yang ni bonuslah, kenalah rajin menjaga kulit anda menjadi cantik dan berseri seri, korang ingat perempuan je ke kena jaga kulit, cristiano ronaldo pun rajin pakai shampoo rambut, siap pakai gel masa game bola sepak, hehehe.

5) Tahan GOSSIP PANAS

Yang ni pun penting, janganlah pulak bila dah popular, dah mula berlagak dan sebagainya, banyak awek awek datang nak dating, contoh macam tasha shilla, tetiba nak rapat dengan mahali jasuli, siap sayang sayang kat twitter pulak tuh, adui !!!

6) KONSISTEN -RAJIN- TAK PUTUS ASA

Apapun posisi korang, korang kena usaha, kena bersikap patriotik , profesional, tak boleh mengalah, ini sukan penuh maruah, APEK memang tahu, dia sanggup menerima kesalahannya ketika  dia kalah  dan dimalukan SINGAPURA masa game AFF tahun lepas. Jadi nak jadi PENJAGA GOL NO 1 NEGARA , tanggung jawab besar, anda kena tahan marah, memang diakui, jurulatih memang selalu salahkan gol keeper kalau bolos.  

Kesimpulan

Setakat ni, memang diakui, apek still no 1 lagi dalam negara, tapi apek kena terus bangkit, sebab pencabar terdekatnya sekarang ialah NORAZLAN RAZALI, dan tak juga jugak kepada wira JDT, AL-HAFIZ, juga  patut diberi peluang untuk mewakili negara. Apapun APEK MEMANG POWER 

Comments

Popular Posts