Harga Rumah Mahal Gile

Harga RUMAH yang SEMAKIN MAHAL ? Apa Perancangan Anda ?

Harga rumah sekarang memang mahal gile, aku tak pasti macam mana nak kata tapi, memang mahal gile. Macam mana nak kata mahal gile tu, katalah anda ada kerja di kuala lumpur, kebanyakkan area rumah sekarang, seperti  di kelana jaya, petaling jaya, shah alam dan sebagainnya, memang dah menjangkau RM 500k. Memang sukar rasanya, dengan gaji yang tak naik-naik dan nilai duit yang makin mengcengkam.


cara beli rumah mahal


Masalah Negara Maju

Aku ingat negara maju seperti Hong Kong , Jepun, USA dah boleh selesaikan masalah rumah ini, tapi aku tengok masalah mereka lebih teruk di Malaysia. Terbaca satu segmen di tv3 yang mengatakan di Hong Kong sekarang, mereka mengalami masalah tidak cukup rumah, rumah yang terlalu sempit, dan ada yang tinggal dalam sangkar lagi. Aku rasa harga rumah di sana yang terlalu tinggi, ramai pekerja asing yang masuk tinggal di Hong Kong, dan seterus ekonomi mereka terus menghimpit golongan yang kurang berpendapatan.

Gaji Tak Cukup Beli Rumah

Walaupun kita dah graduate dari universiti, tapi masih lagi tidak dapat membeli rumah. Biasanya siapa yang duduk di bandar dan bekerja di bandar-bandar yang terkemuka, agak sukar untuk membeli rumah. Baru -baru ini, saya terjumpa suatu artikel di facebook kawan saya, mengatakan gaji RM6000 pun tidak cukup untuk membeli rumah sekarang. Itu yang gaji RM 6000 dan ke atas, sekarang pun nak dapat gaji RM 3500 ke atas pun agak sukar, kerana perlu bersaing dengan graduan-graduan lain yang lebih hebat, dan tidak kurang juga graduan-graduan luar negara yang lebih berpotensi untuk dijadikan pekerja oleh syarikat-syarikat besar.

Pengalaman Membeli Rumah

Rasanya, ramai dah tahu pengalaman kami membeli rumah (bajet artislah konon). Cara kami beli rumah pada tahun 2009 memang tak disangka-sangka, kerana rumah yang kami beli, serba-serbinya elok, dan dah ada yang ditambah oleh tuan rumah sebelum ini. Alhamdulillah, berkat kesabaran dan ketekunan nak beli rumah, kami berjaya juga mendapatkan rumah di seksyen 8 Shah Alam. Harga kami pada masa itu ialah RM290k, pada bulan sembilan 2009. Walaupun kami tiada duit untuk membayar 10% dalam masa 14 hari, berkat usaha dan sepakat dengan agen penjual rumah, akhirnya tuan rumah berjaya memberikan kami bayaran ansuran untuk melunaskan bayaran sebanyak RM 29k. Apa yang penting ialah, rajin cari dan mencari, fokus pada satu kawasan, dan banyak tengok iklan rumah, walaupun iklan itu dah lama.

Tips membeli rumah

Jadi saya syorkan anda cara cara nak beli rumah idaman, ala -ala tips dari blog abanghensem konon, hahaha, tapi tulah, kalau betul korang nak beli rumah, memang dicadangkan pergi blog abang hensem tu.

  1. Beli ikut kemampuan - kalau boleh, belilah cash , tapi rasanya semua orang tak mampu, susah juga 
  2. Buat part-time business - kalau dah tahu gaji sikit, kenalah usaha buat duit lebih, jangan duduk diam tunggu  duit. Kalau susah sangat, meh kami tolong anda buat business shaklee.
  3. Beli rumah subsales - beli lah rumah yang rendah dari market value. Nanti banyak boleh jimat.
  4. Beli rumah yang mampu dulu walaupun kecil, nanti rumah tu korang buat sewa dulu, pastu nanti boleh guna hasil sewa tu untuk mantapkan bank statement korang.Contoh  adik aku, beli apartment dulu, nanti dah ada duit masyuk skt, nak beli rumah lain. Rumah apartment tu bolehlah sewa kan.
  5. Duduk area kampung - yang ni lagi senang, tapi bab kerja macam mana ? Hahaha, mungkin korang boleh kerja sektor pertanian, bela lembu, kambing. Takpun sekarang ni kan online business, tak yah susah-susah, kami pun boleh bantu, downline kami pun duk jauh dari stokis, tapi rilek je boleh buat sales lagi.

Kalau dah malas sangat nak kerja dan usaha, jangan mimpilah  nak duduk rumah sendiri. Zaman sekarang harga rumah tak tunggu kita, kita sendiri kena keluar dan mengawal  kewangan kita. Walaupun perit, tapi usahalah , ada rezeki punya, silap-silap boleh beli cash lagi. 

Comments

  1. skim rumah pertamaku pon memerlukan kita pilih rumah yang berharga rm100k ke atas

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul betul, tak teringat skim rumah pertama ku, tapi tak pasti area mana boleh beli

      Delete

Post a Comment

Popular Posts