Kenapa Kalau Marah Nanti Kena Jual ? Peliknya 3 Abdul

Marah Kena Jual ? Gilanya Cerita 3 Abdul

Hari ini, sungguhnya aku masih lagi marah-marah, tetapi bersyukur juga, kerana rezeki itu  sesuatu yang kita rasa  ianya magik, dan aku rasa, aku perlu mengawal kemarahan aku, supaya tidak dijual. Haha, sapa yang jual sapa ? Memang gila sekarang, sememangnya dalam dunia ini, aku tak pernah tengok lagi orang jual orang, tapi dalam cerita 3 Abdul, orang jual orang ini terjadi akibat tidak dapat mengawal emosi kemarahannnya. Sesuatu yang gila yang patut aku kongsi, kerana dalam cerita ini, aku  rasakan sesuatu yang lain dari yang lain. 

Filem 3 Abdul  yang penuh makna
3 Abdul buah tangan P Ramlee yang cukup bermakna

Jalan Cerita 3 Abdul

Jalan ceritanya amatlah sempoi, berlatar belakang tanah arab, dari 3 adik-beradik abdul wahab, wahib, wahub, yang mewarisi harta bapa mereka, ismet ulam raja, yang ada masalah sakit jantung dan tak mahu ke hospital. Mereka ini terpikat pulak dengan 3 anak dara Sadiq Sigaraga, yang ternyata menjadi alat untuk merampas harta bapa mereka yang banyaknya sampai ke Tanjung Rambutan. Setelah si abang wahab dan wahib dah kena jual, si wahub pulak mendapat mimpi dari ayahnya, supaya menolong abang-abangnya. Akhirnya, semuanya berbaik-baik semula, setelah semuanya dimaafkan oleh Abdul Wahub yang bijak main gitar dan twist.

Menjadi Hamba

Maksud Abdul itu ialah Hamba Kepada Allah. Jika kita betul betul inginkan Dunia dan Akhirat, jadilah hamba kepada Allah sahaja. Bak kata P ramlee dalam lagu Alhamdulillah,

"Walau menjadi hamba, tapi merdeka, hidup ria". - P Ramlee

Itulah yang hendak di sampaikan. Kehidupan kita ini, tidak lain hanyalah untuk beribadat kepada Allah s.w.t. , jadi bila kita yakin Allah ada, hidup kita menjadi tenang dan gembira, walaupun ditimpa musibatu. Tapi dalam cerita ini, telah menjadi satu lumrah, bila kita menjadi hamba kepada kekayaan, kemewahan, maka tunggulah bala akan tiba, dari harta setinggi -tinggi gunung, terus menjadi papa kedana kena jual kat uptown atau pasar malam, nasib baik tak jual kat MR DIY.

Wahab , Wahib, Wahub

Al Wahhab, salah satu nama Allah ,bermaksud Maha Pemberi Kurnia. Dalam Islam, sesuatu nama yang dimulai dengan Abdul, perlulah ditambah dengan nama Allah dibelakangnya, contohnya Abdul Wahhab, yang menunjukkan kita ini ialah Hamba Allah. Wahib, wahub pulak hanyalah permainan bahasa yang membawa maksud yang sama. Ianya menjadi satu sifat pada kita, jika ingin menjadi kaya, kita kenalah banyak memberi dari meminta-minta. Sikap meminta-minta , tamak, boleh memakan diri sendiri, dan membuatkan kita rasa tidak tenang dan sebagainya. Dalam satu amalan oleh leaders group kami, kami di ajarkan Zikir Ya Wahab, bacalah 1000 kali, kerana yakin Allah sahaja yang Maha berkuasa untuk memberi rezeki kepada kita, nak naikkan sales, nak dapat income 4,5,6 angka, rajin rajinlah berzikir Ya  Wahab.

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama " Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu." Al-Israa' ayat 110.

Marah Kena Jual

Satu lagi peraturan pelik, ialah kalau sapa marah kena jual, untung berapa percent, 25, 20, semuanya boleh, hehe. Dalam banyak banyak ayat pun, sapa marah kena jual. Ianya menjadi satu perjanjian bertulis dalam cerita lawak P Ramlee. Aku tak dapat nak fikir, apa kebenda mengarutnya cerita ini, sampai habis harta-harta Sadiq Sigaraga kena rampas, sebab abdul wahub lagi pandai putar alam. Lepas kena marah, semuanya kena jual kat uptown pak arab. Haha, itulah, sebenarnya, dalam realiti kita ini, kita sering marah itu dan marah ini bila tak puas hati, adakah kita sedar, kita sebenarnya marahkan kepada pencipta kita ? adakah kita ini betul betul menjadi hamba kepadaNya ? Simbolik kepada kesabaran, marah kena jual, ialah sesuatu tindakan yang melulu dan kurang sabar, akan membawa padah, dan merosakkan jiwa. Akhirnya, aku faham, Marah Kena Jual itu, sebenarnya mengajar erti KESABARAN dalam hidup kita, dan kenalah yakin, setiap apa yang Allah beri kepada kita, itulah yang terbaik untuk kita.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." Al Baqarah 216.

Hubungan Kekeluargaan yang baik Ialah Punca Murah Rezeki

Boleh jadi, kalaulah kerana harta, kerana dendam, dah lama dah si Abdul Wahub tu buang je family dia , dahlah abang abang dia semua kaki bolot harta, lepastu dia terpaksa kahwin dengan anak Sadiq sepak raga, nasib baik dia bijak tak kena kelentong, dan akhirnya menang dalam pertandingan  marah-sabar. Tapi, sebusuk-busuk daging, di basuh, dan di makan, perumpamaan yang menarik untuk hubungan saudara-mara. Bak kata dalam lagu p ramlee.

"Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi" - P Ramlee
Lagu di atas, bukanlah semata-mata husband and wife je, tapi lebih dari itu, adik-beradik, dengan mertua, dan semua masyarakat, ingatlah, semuanya tidak sempurna , tapi ada yang baik itu bolehlah kita sama-sama amalkan, kerana itu, nilai kekeluargaan, kasih-sayang sesama insan ada dalam cerita ini. Bagaimana Sadiq Segaraga boleh pulak bagi kedai dia untuk anak-anak yatim bersekolah, walaupun dah teruk kena buli dengan Abdul Wahub, sanngup tak kita menderma, bila kita dilanda masalah ?  Ingatlah, sesungguhnya , hubungan siraturrahim itu penting. Itulah kunci rezeki akan datang.

"Siapa yang ingin dilapangkan rezekinya, dan dipanjangkan usianya, hendaklah ia memelihara hubungan silaturrahim". (HR Bukhari dan Muslim)

 Mimpi Sulaiman Akhlaken

Rezeki Allah, yakinlah, walaupun anda rasa anda dah takda upaya nak ubah sesuatu yang mustahil bagi manusia, ianya akan datang tepat pada waktunya. Bila mana mimpi Ismet Ulam Raja memberitahu supaya Abdul Wahub berjumpa dengan Sulaiman ini, ianya menjadi key point untuk jalan keluar masalah keluarga besar ini. Bahkan, sebenarnya, mimpi, ilham, kashaf, adalah satu bentuk hidayah Allah kepada orang -orang yang terpilih. Ianya perlukan keyakinan dan keimanan kepada Allah, Doa, Usaha, Tawakal.

Jadilah Hamba yang Taat Kepada Allah Swt

Apapun kita, hanya Allah swt yang berkuasa, yakinlah, rezeki datang dari Allah, siapa pun boss kita, apapun pekerjaan kita, di mana kita bekerja, baik buat business, kerja dengan majikan, semuanya ada rezeki masing-masing. Sama-sama lah juga kita menjaga hubungan yang baik sesama kita, dari saudara mara yang dekat, jauh, masyarakat di sekeliling kita. Tak perlu nak pergi jauh sana, yang dekat dengan kita pun perlukan pertolongan kita. Jadilah hamba yang bertaqwa kepada Allah.

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). Al Hujurat -13 

Comments

Popular Posts