4 Macha Selangor 2013

4 Macha, Kekuatan Selangor tahun 2013

Cerita tentang 4 macha selangor ini memang menjadi topik yang perlu dibincangkan, walaupun semalam selangor dah kalah dengan ATM 2-0. Kenapa tak cerita 5 je terus ? Bukan sebab taknak cerita lain, tapi pemain-pemain selangor kali ini, kalau masuk semua 4 player ini, akan membentuk satu corak serangan tengah yang kuat untuk pasukan selangor. Permulaan cerita untuk 4 macha, marilah kita kenal dulu hero-hero tamil selangor.


player india selangor 2013


K Gurusamy

Gurusamy antara pilihan rajagobal semasa beliau masih muda dari tahun 2009 sehinggalah sekarang. Kejayaannya ialah menyertai skuad malaysia yang menang pingat emas sukan sea 2009, mengakhiri badi 20 tahun tanpa pingat emas. Selain itu, guru juga adalah salah seorang pemain dalam skuad PIALA AFF 2010, dan juga penggerak utama skuad sukan sea 2011 yang mempertahankan pingat emas. Walaubagaimanapun, pemain ini selalu ditimpa masalah kecederaan, dan permainannya sedikit longgar dan tidak konsisten. Antara aksi terbaik yang pernah aku lihat ialah dia bergandingan dengan safiq rahim semasa perlawanan persahabatn malaysia menentang singapura di stadium jalan besar. Corak permainannya lebih kepada simple football. Dia boleh menjadi ball winner untuk pasukan Selangor, dan berjaya mengawal bahagian pertahanan dan sering membuat hantaran-hantaran pendek untuk memulakan serangan. Biasanya, guru akan bermain defensive midfielder, dan jarang sekali aku tengok dia menjaringkan gol, berbanding partner dia safiq rahim suatu ketika dahulu.

S Kunalan

Pemain kelahiran semenyih ini berhijrah ke Selangor dari N Sembilan, setelah 5 musim bersama skuad rusa. Banyak kejayaan yang diperoleh Kunalan, selain menjadi skuad negara yang memenangi piala aff, dia juga membantu negeri sembilan untuk menjuari Piala  Malaysia pada 2009 dan 2011. Corak permainan Kunalan suka berlari dibahagian sayap kiri, dan bergerak pantas untuk menyerang dan bertahan. Selain itu, Kunalan juga adalah antara pencetak gol-gol utama untuk N Sembilan. Masih teringat lagi, gol penyamaan mamat ni semasa N Sembilan menyamakan kedudukan ketika final Piala Malaysia menentang Terengganu pada 2011. Terengganu ketika itu dibimbing oleh Irfan Bakti yang sekarang menjadi AYAH kepada kunalan di selangor. Kelebihan beliau ialah dia tak pernah letih, dan kita tak tahu bila dia nak letih, sehingga ada yang menuduh dia di ambil dari Negara India sana bermain dengan Malaysia. Walaupun king gobal sayang mamat ni, dia ini selalu pegang bola terlalu lama, dan kadang-kadang bertindak melulu, sehingga serangannya mudah dipatahkan oleh musuh. Tambahan lagi, kunalan juga sering dilanda masalah kecederaan, dan jarang dapat diturunkan ketika perlawanan-perlawanan penting, terutamanya perlawanan yang melibatkan pasukan kebangsaan.

S Veenod

Pemain ini sebenarnya taktahulah dari mana dia datang, dan kat mana dia mencipta nama. Bermula dengan USM FC, veenod ternyata mencuri tumpuan apabila dipinjam kepada Selangor dengan Rozaimi Razali, dengan ketika itu veenod memakai jersey 32 dan Rozaimi memakai jersey 33. Kehadiran veenod dan rozaimi ketika itu menjadi penyumbang kepada kebangkitan selangor yang  terus mara dalam saingan piala malaysia, cumanya disekat oleh pasukan TRW ketika aksi separuh akhir tahun lepas. Kelebihan veenod banyak bergantung kepada kepantasan lariannya, yang rajin turun naik tanpa penat, dan sekarang,veenod sekarang menjadi JANTUNG Selangor pada tahun 2013 ini. Veenod rajin membantu bahagian pertahanan dan kerjanya sama macam gurusamy mengatur gerakan serangan untuk selangor. Bezanya dengan guru, veenod lebih laju berlari jika selangor membuat serangan balas kepada pihak lawan. Atas dasar kurang berpengalaman, veenod sering sahaja kurang tumpuan, dan kurang bijak untuk membuat  serangan. Ada kalanya, veenod selalu lambat turun ke bawah untuk mengekang asakan lawan.

K Soley 

Solihin Kanasian Abdulullah, nama setelah memeluk islam, adalah pemain yang selalu bermain di sayap kanan pasukan selangor. Sering juga K Soley bergerak disebelah kanan dan biasanya akan membuat hantaran lintang kepada penyerang untuk menjaringkan gol. K Soley adalah salah seorang skuad Kedah yang memenangi Piala Malaysia 2007, sebelum berpindah ke Perlis dan Kelantan. Kedatangan K Soley ini membuatkan Amirul Hadi Zainal hilang tempat bersama selangor dan malaysia, dan amirul terus berpindah ke Pahang. Kelibat K Soley sekarang selaku wings kanan pasukan Selangor, dan bekerjasama dengan Mahali. Kelemahan mamat ini rasanya beliau selalu simpan bola terlalu lama, dan kepantasan larian beliau tidak seperti Kunalan dan Veenod.

Taktikal Irfan Bakti

Kehadiran Sukor Jusoh dan Raimee dalam skuad Selangor amat penting, dan ternyata mereka berdua selalu mengkucar-kacirkan pihak lawan semasa serangan dilakukan. Sukor akan bergandingan dengan Veenod, sebagai pairing attacking-defensive midfielder. Raimee akan berada di posisi wings kiri, dan soley pulak akan berada di sayap kanan. Biasanya, sejak 4 perlawanan terakhir Selangor, ternyata Soley dan Sukor banyak memulakan serangan, Veenod pula akan menjadi ball winner bagi pasukan Selangor. Walaubagaimanapun, barisan tengah agak kucar-kacir, dan membuatkan pihak lawan boleh menyelit dan mencuri bola. Perlawanan ATM semalam menunjukkan, jika pihak lawan menambah seorang pengacau di bahagian tengah, Selangor akan mudah kehilangan bola.

Kalau semua sekali masuk ?

Kalau semua 4 macha ini masuk sekali, memang best kita akan tengok betapa uniknya skuad Selangor. Bahagian tengah tentunya menjadi tumpuan dengan Veenod dan Gurusamy akan menggerakan serangan. Tetapi akan berlaku konflik kerana Veenod belum mampu untuk menjadi seorang penggerak yang bagus dibahagian tengah. Walaupun begitu, Soley dan Mahali boleh membantu untuk mencipta gerakan-gerakan cantik buat menghasilkan gol untuk Selangor. Jika Amri dan Forky Doe dibahagian serangan, Amri boleh duduk dibahagian tengah untuk membantu Veenod dan rakan - rakan menguasai permainan dan mencipta serangan. Berbanding dengan Raimee dan Sukor, Veenod dan Gurusamy bukannya seorang penjaring gol yang baik. Sukor dan Raimee pula memiliki kelebihan ketajaman menjaringkan gol , dan Raimee mampu untuk mengambil sepakan percuma dengan baik.

Adakah Mereka Akan Menjadi HERO SELANGOR ?

Jika Irfan Bakti berjaya mencorak dan memperbaiki kelemahan Selangor, mereka berempat, akan dikenang sebagai wira selangor yang berjaya merangkul Piala, dan Piala Malaysia ialah piala yang amat utama bagi selangor bagi meneruskan MISI 33 mereka. Kita juga akan mengingati kembali kelibat K Sanbagamaran, M Chandran, Yogeswaran, V Murugan, Jayakhantan, D Surendran, Arumugam dan yang lain-lain yang tidak diingati oleh penulis

Comments

Popular Posts