WINGS - Kesetiaan Lagenda

WINGS - Kesetiaan adalah Prinsip untuk Menjadi LAGENDA ROCK

Salam sejahtera semua. Kalini aku nak cerita  sikit pasal WINGS ni. Tapi tajuk dia tu lain macam je, KESETIAN ? memang pun, sebab ada makna disebaliknya. Korang tengok, bagaimana anggota WINGS  dari zaman hukum karma ini, telah bersatu kembali dari tahun 2001, dan akhirnya  terus menjadi LAGENDA rock tanah air. Masa aku tengok WINGS kat konsert ambang putrajaya haritu,  aku tak jadi mengantuk, walaupun wings main pukul 1 pagi lebih. Aku katakan, sound guitar joe menyengat , eddie macam biasa cool dengan bassnya, black steady je ketuk drum, muka  senyum je , kalau aku ketuk sikit  pun dah penat. Dan semestinya AWIE yang menjadi frontman WINGS ni. Cumanya kalini aku nak cerita pasal kesetiaan ni. 




1) EDDIE adalah anggota paling lama 

Memang tak boleh disangkal lagi, Eddie terus  bertahan di posisi bass wings, sejak dari zaman belengu irama. Kalaulah mamat ni takda, aku tak pasti, siapa yang boleh menjiwai muzik wings dengan baik, walaupun kalau ada bassist yang bagus masuk menggantikannya. Aku suka bass line dia, banyak yang catchy, seperti lagu biru mata hitamku, lena diulit  intan. Aku masih ingat lagi masa aku duk belajar main gitar masa darjah 6, lagu lena diulit intan ialah lagu wajib, tapi masa tu MEL menggantikan tempat AWIE yang beralih arah menjadi solo. Tak sia-sia aku ambil gambar dengan EDDIE masa tahun baru haritu, dan EDDIE terkejut sebab aku nak ambil gambar dengan dia. Aku ada beritahu pasal aku main bass lagu wings, dia gelak je. hahahaha.

2) JOE terus mewarnai lagu-lagu wings

Joe yang masuk menggantikan sham , terus mengorak langkah, untuk memberi riff riff keras untuk wings. Dan pada suatu ketika bila awie keluar, joe tidak patah semangat, lahirnya album superfriends adalah hasil usaha joe untuk memastikan wings tidak terus mati. Mel dan Mus masuk bertukar ganti, dan wings terus berevolusi dengan muzik yang berbeza-beza. Aku memang suka style joe dulu, jika korang ada melodi yang simple untuk dimainkan, JOE akan mainkan melodi tu dengan penuh perasaan, itu kelebihan joe, dia pakar dalam bab bab tu. 

3) BLACK terus tenang mengawal drum

Selepas zaman kegemilangan Jerangkung dan Bazooka penaka yang dianggotai oleh JOJET, black datang kembali, walaupun hakikatnya AWIE sudah keluar masa tu. Tapi, dia  ni tetap maintain, ketukan black makin padu. Memang black ada tone dia tersendiri. 

4) AWIE oh AWIE

Kesalahan meninggalkan kumpulan wings, memang sukar untuk dimaafkan, saat mereka bersatu kembali, akan terasa yang wings akan terus maju kehadapan. Dan joe dengan hati terbuka menerima awie kembali, dan lahirlah album NAGA KERAMAT, dengan nama WINGS dan AWIE ada dalam cover depan album tersebut. Walaupun AWIE makin popular dengan filem hantu kak limah, AWIE terus bersama dengan ahli kumpulan lain, dan mereka akan keluar dengan album baru dibawah KRU Studios tak lama lagi. 

Penutup: Kesetian kunci utama KEJAYAAN

Aku harap cerita band malaysia ni  dapat menjadi satu inspirasi kepada kita, ingatlah, dalam rumah tangga pun , kesetiaan akan menjadi nadi kebahagian. Dalam business pun, anda perlukan kesetiaan dalam mengharungi turun naik sales anda. Teruskan bersama, menangis bersama, gembira bersama, itulah kemanisan kehidupan dan kejayaan. SEMOGA ANDA MENJADI LAGENDA.

Comments

Popular Posts