Tips Atasi Sakit Sendi

Salam Jumaat semua, apa khabar harini ? Pergi kerja tak ? Ataupun duduk rumah goyang kaki tengok duit masuk, takpun anda seorang broker saham yang tunggung je duit masuk dan duit keluar ? Apapun kerja anda, tak kiralah anda ni programmer ke apa ke, nak kena tahu juga pasal sakit SENDI ni. Benda ni penting, sebab sendi nilah antara NADI utama anda untuk melakukan pergerakan, kalau tak bergerak, susah anda nak pergi kerja, nak jumpa client, nak pergi GATHERING dan sebagainya. Jom kita tengok 7 tips yang bagus untuk mengatasi saki sendi anda tu. Boleh refer sini untuk yang betul nya. Sayanya banyak olahan je lebih.


masalah sakit sendi

  1. TURUNKAN BERAT BADAN - yang ni memang paling penting. Dan wife AINUL MUSTAFA selalu tekankan kepada saya dan pelanggan nye, jika ada masalah sendi atau sakit lutut dan sebagainya, perlulah kita tengok keseluruhan badan kita. Adakah berat badan kita di tahap IDEAL atau nak ke OBESITI ? Badan yang kurus dengan berat badan yang ideal akan mengurangkan sakit sendi anda.
  2. LETAK AIS - yang ni saya rasa ramai pernah buat. Biasanya, siapa yang selalu luka, ataupun ahli sukan, akan gunakan ais untuk melegakan sakit sendi.
  3. GUNAKAN KEPANASAN - cara biasa yang anda boleh buat ialah pergi sauna. Dapatlah kurangkan stress anda tu, sambil rilek rilek .
  4. MENGURUT - best ni, semua orang suka. Anda bolehlah cari tukang urut yang profesional, takpun tok guru , makcik, pakcik yang betul betul pakar dalam bidang mengurut ni. Jangan salah cari pulak, takut jadi sakit lain pulak. Takpun, jangan pulak pergi rumah urut, tu jadi benda lain nanti, takut habis bini anda baling pinggan mangkuk, jadi sakit kepala pulak.
  5. ASPIRIN - aspirin ni senang je, dia mudahkan oksigen mengalir dalam darah, supaya dapat melegakan tempat yang sakit sendi . Saya tak pernah guna aspirin . Anda pernah ?
  6. BERHENTI MEROKOK - korang pun tahu, rokok ni ada macam macam unsur jahat yang boleh merosakkan sendi korang, silap silap korang mati muda nanti. STOP SMOKING.
  7. SUPPLEMENT - memang zaman sekarang ni, supplement tak boleh nak lari. Sebab kita ni terlampau terdedah dengan kuman dan radikal bebas diluar sana. Antara yang di cadangkan ialah Vitamin D dan Calcium. Selain itu korang boleh ambil Glucosamine, Chondroiton, Sulphate, Niacinamide, Ginger, Turmeric dan Tasna. 

Comments

Popular Posts