Terjah Hadhatina

SESI COACHING BERSAMA MASTER HADHATINA SHAKLEE.

Pada waktu petang hari isnin yang lepas, bertarikh 14 januari 2013, saya dan wife sempat melawat mommy atau upline kami Master Hadhatina, yang free time tu. Biasalah, kenalah terjah untuk dapatkan ilmu business ni. Sebelum tu, saya ada jumpa orang di mc donald seksyen 3, ada orang nak minta buatkan programming MATLAB. Saya macam biasalah, sebab sekarang ni dah berstatus kais pagi makan pagi, kenalah kerja kuat sedikit untuk mencari duit nak makan bulan-bulan. Apapun, waktu petang yang rasa nyaman, kami husband and wife sempatlah menuntut ilmu blogger  dari master Hadhatina ni.


hadhatina coaching kami buat business shaklee



MENGUBAH STRATEGI

Antara yang diajar haritu ialah strategi business kami dalam shaklee ni. Kenalah up lagi business kami yang mantap ini kepada lebih mantap. Setiap apa pun yang berlaku, kunci utama untuk berjaya ialah FOKUS .  Fokus kepada suatu matlamat , dan rasanya kita akan berjaya. Tapi apapun, janganlah sampai terabai anak bini, solat semua itu. Ingat, ALLAH tu business partner kita !!!

LEBIH KREATIF

Masa tu, master Hadhatina suri rumah lima angka ada juga sebut pasal cara buat target dan sebagainya. Rasanya, kami ni kurang kreatif. Nak kena belajar , dan rajin nota dekat kertas. Teringat lah pula masa itu wife kata dia pernah buat nota cantik cantik dalam kelas, sampai kawan kelasnya pun nak pinjam, sebab ada warna yang cantik dan menarik untuk dibaca berulang kali. Saya pun dulu pernah eksperimen nilai warna dalam nota, tapi itu dulu. Tapi untuk business ni, kena buat balik, supaya kita rajin baca target kita hari-hari, barulah termakbul target kita.

MAKAN KEROPOK DAN AIR YANG SEDAP

Macam biasalah, lepas kelas, makan-makan dan minum-minum, sambil berbincang strategi dan masa depan. Keropok mommy ni memang kelas lah, sedap, sampai anak nya itu bella makan tak henti henti, tapi makan sikit jelah, lepas tu buang, ambil keropok yang lain. Kami pula sempat bertemu dengan encik Kamarul @ MKB yang baru je pulang dari kerja. Last-last kami balik pukul 6 setengah, baru nak ambil Arreessa Zulakiha. Sesi terjah kalini, memanglah sempoi, seperti sesempoinya upline kami master hadhatina MKB. Rasanya lepas ni ada lagi aktiviti yang menarik. Apapun yang anda buat, FOKUS !!!!

Comments

Popular Posts