Nokia Lumia 800 lebih power Dari Iphone5 ?

Selamat Datang Nokia Lumia 800 : Semangat Baru Business 

Rasanya tak terlambat untuk mengucapkan selamat datang kepada NOKIA LUMIA 800 yang baru dimiliki dengan harga RM 850. Beli kat Jusco  Bukit Raja pada hari jumaat. Terpaksalah jugak meninggalkan blackberry curve yang memang lunyai terus, sampai nak jawab call pun tak boleh. Apalah aku yang tak pandai nak jaga handphone ni. Harap harap semangat business tahun baru ni dapat buat sales banyak banyak. Oklah jomlah kita tengok apa yang menarik tentang lumia 800 ni, katanya lebih hebat dari Iphone5, ok jom baca  review kat bawah ni .

gaya elegan yang sempoi nokia lumia 800
Nokia Lumia 800 yang simple, ada macam macam warna boleh dipilih.

Windows 7.5 Mango

Memang ketinggalan sikit handphone application windows ni, kalau model baru, dah guna  windows 8, tapi takleh lagi lawan Apple dan Android, tak banyak application yang ada. Tapi kalau suka  gaya yang simple dan elegan, memang menarik pakai windows ni. Siap boleh taruk profile orang yang penting kat wall depan. Siap sekali dengan update facebook tanpa buka facebook.

Video tak HD

Antara kelebihan lumia ni juga ialah video dia tak HD, sekadar boleh pergi 720, oklah, sesuailah nak buat video untuk simpanan masing-masing, kalau  HD, dah boleh buat filem atau dokumentari dalam HD, gambar lawar tu.

Takleh Bluetooth kat orang lain

Susah nya lumia 800 ni ialah dia tak leh bluetooth kat handphone orang lain, sekadar boleh bluetooth kat telinga sendiri je. Mungkin takut kena virus dengan hp orang lain.

Layan facebook tanpa buka facebook

Hok ni yang paling menarik, sebab semua contact list kita import dari facebook, so semua update facebook boleh terus tengok di contact kita. Dan nak komen pun semua senang, nak calling calling dan link kan profile dia pun senang.

Harga Boleh Tahan

Takdalah mahal sangat, tapi bolehlah kalau nak kelainan dari Android atau Apple. Nampak comel je, kalau nak cun lagi amek warna pink atau kuning.

Keseluruhan

Oklah, takdalah  power sangat, tapi janji order masuk, business jalan, CANTIK !!!  Oklah, selesai review nokia lumia 800 .



Comments

  1. Dulu ada try pegang nokia lumia nie.. cantik memang cantik design dia simple je. Tapi masa tu cina apek tu compare dengan samsung wonder rasanya.. dia kata samsung wonder lagi bagus. Last2 sampai la nie tak beli pun dua2.. haha. :P review faiz pun senang nak faham.. terbaik. hehe

    Aida datang dari blog Mawardi Yunus :) http://mawardiyunus.blogspot.com/2013/01/followers-mingguan-6.html?showComment=1359448504524#c7412859466671291416

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe thanks aida omar, ada lg satu tak bestnye, kena update software baru utk internet sharing

      Delete

Post a Comment

Popular Posts