Khasiat Jagung

Hooo balik kampung, joo balik kampung, hooo balik kampung, Tanam JAGUNG . Buat apa nak tanam jagung bro ? Hoo, tanam jagunglah bagus, jagung ni banyak khasiatnya. Ini adalah hasil study aku tentang jagung.


makan jagung

  1. Nama orang putih nya 'corn' atau 'maize' ni terkenal dan agak popular di Amerika dan Afrika
  2. Jagung ialah sumber kalori untuk metabolisma badan.
  3. Sangat kaya dengan vitamin A, B, E dan mineral
  4. Mempunyai kandungan fiber yang tinggi yang dapat menghalang penyakit seperti sembelit, haemorrhoids dan kanser usus.
  5. Mempunya anti oksidan sebagai agen anti kanser dan mencegah Alzheimer.
  6. Jagung juga mengandungi 'phytochemicals' yang melindungi badan kita dari penyakit kronik
  7. Kandungan kalori dalam jagung sebanyak 342cal/gram, antara yang tertinggi dalam kelas bijirin.
  8. Secawan jagung membekalkan 18.4 % keperluan fiber harian manusia.
  9. Jagung kaya dengan sumber vitamin B iaitu Thiamin dan Niacin.
  10. Sumber penting asid pantothenic yang penting untuk metabolisma kaborhidrat, protein dan lemak dalam badan.
  11. Sumber asid folik di mana kekurangan asid folik menyebabkan bayi yang lahir kurang berat dan boleh menyebabkan 'neural tube defect at birth'.
  12. Jagung kuning kaya dengan beta kerotena yang membentuk vitamin A, yang bagus untuk penglihatan dan penting untuk kulit yang sihat.
  13. Mempunyai sumber fosforus yang banyak selain magnesium, zink, iron dan copper.
  14. Mengandungi mineral surih seperti selenium
  15. Sumber fosfurus dalam jagung penting untuk tumbesaran, kesihatan tulang dan fungsi buah pinggang
  16. Kandungan magnesium dalam jagung juga penting untuk kesihatan jantung dan kekuatan tulang
  17. Jagung yang mengandungi vitamin E, adalah anti oksidan yang membantu melawan tumor dalam kanser payu dara dan kanser hati
  18. Vitamin B dalam jagung pula boleh mencegah anemia yang disebabkan oleh kekurangan zat
  19. Minyak jagung dikatakan mampu mengurangkan kolestrol jahat LDL
  20. Biji jagung dikatakan mampu merendahkan paras gula dalam darah. Selain itu, ia sangat efektif melawan tekanan darah tinggi dengan adanya 'phenolic phytochemicals'
  21. Tepung jagung boleh menjadi alternatif kepada 'carcinogenic petroleum' , salah satu bahan penting dalam industri kosmetik.

Comments

Post a Comment

Popular Posts