Keluar Dari Comfort Zone

MENINGKATKAN SALES HANYA KELUAR DARI COMFORT ZONE

Salam sejahtera semua. Apa khabar saudara-saudari. Saya baru je dapat nak update blog saya ni. Bak kata pakar pakar, nak kena sentiasa update. Kalau saya tak keluar dari comfort zone, saya  hanya update blog suka-suka, tak kisah, tak konsisten dan sebagainya. Ini amatlah berbeza dengan orang yang perlukan trafik yang tinggi di blog mereka. Mereka perlu sentiasa update, mereka perlukan maklum balas, perlukan pelanggan untuk membeli produk mereka di alam maya ini. Jadi salah satu cara untuk berjaya  dalam meningkatkan sales, ialah dengan keluar dari zone selesa anda.


kena keluar dari comfort zone untuk dapatkan sales


BERKENALAN DENGAN HAZWAN MOHD NOOR DAN AZRI MOHD NOOR

Mereka berdua ni memang dah lama kenal sebelum kami buka business lagi. Saya pun kenal mereka melalui muzik dan seni. Azri ialah salah seorang dari ahli kumpulan MODREAD. Hazwan pulak abang kepada Azri dan kahwan baik Fami Modread sejak kecil lagi. Selain dari muzik, Hazwan mengusahakan Carwash dan yang terbaru ini, saya dapat tahu mereka ada membuka kedai printing di seksyen 7 shah alam. Lepas ni bolehlah kami ke sana nak printing flyers business kami ni. Harap dapatlah harga murah rasanya. Kalau berminat, bolehlah klik sini untuk perkhidmatan D' Seven Printng & Solution.

TIADA SALES DALAM 3 MINGGU

Masa saya berborak -borak sambil menikmati nasi goreng ayam di Khulafa Seksyen 7 Shah Alam, kami sempat berborak borak tentang business masing-masing, dan tak lupa juga business MLM lain yang popular di Malaysia  sekarang. Ternyata, business printing ni, ada musimnya. Kalaulah student cuti, memang rasa kosong je kedai. Datang buka kedai awal pagi, tunggu orang, memang rasanya orang tak datang. Kenalah ubah strategi, kena ubah jadual, keluar dari comfort zone, tak mahu rilek -rilek kat kedai.

MENGUBAH JADUAL KERJA HARIAN

Aku tertarik dengan cara Hazwan, sebab dia ni banyak business, dia kata, dia akan concentrate business carwash dulu waktu pagi, dan petang hingga malam, dia dan adiknya akan pulun buat kerja printing pada waktu malam. Biasanya Azri akan datang malam, tapi kekadang  Azri sibuk dengan aktiviti rock n roll nya bersama Modread. So, sebab tak nak malas malas tunggu customer datang, tauke kedai printing ni, pergi lawat semua company-company yang ada, offer perkhidmatan diorang, share kepakaran diorang kat luar sana. Alhamdulillah, katanya, dari 10 company yang dia lawat, sekurang-kurangnya 1 akan melekat. So dapatlah cover balik sales yang takda sebelumni.

KEEP ON MOVING, KELUAR DARI COMFORT ZONE

Jadi, pertemuan kami kalini, membawa satu lagi contoh keluar dari zone selesa untuk berjaya dalam perniagaan. Anda mungkin ada membuat jualan produk anda. Rasanya kita selalu merungut orang takda duit, tiada gaji dan sebagainya. Solusi  kepada masalah anda itu ialah KELUAR DARI COMFORT ZONE !!! Anda perlu berani berubah dan mempelajari dan explore peluang-peluang baru yang ada. Saya masih ingat kata-kata leader saya. IKAN TAKKAN HABIS DI LAUTAN !!!

Comments

  1. ada somethin la dlm blog ni..ada sikit aura motivasi..keluar dari comfort zone..em.em.good2

    ReplyDelete
  2. Betul sgt. Yg tragis nya..kadang saya sendiri X sedar sedang berada dlm comfort zone jd X berusaha keluar darinya

    ReplyDelete
  3. Lebih 10 tahun tak lepak dekat Khulafa Sek. 7..hehee

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts