Gergasi Hidup kembali Selepas Kena Tembak


Gergasi Hidup Kembali Selepas Kena Tembak: Selangor mara ke pusingan kedua PIALA FA mengalahkan ATM.


Semangat nak ke stadium diteruskan lagi dengan kali ini perlawanan pusingan pertama Piala FA Selangor menentang ATM. Perlawanan yang dimenangi Selangor dengan penentuan sepakan penalti, dan diselangi dengan insiden provokasi dan pergaduhan yang berlaku. Apapun jom kita baca cerita gergasi hidup kembali selepas kena tembak.

Punca pergaduhan dikatakan berpunca dari afiq azmi
Insiden pergaduhan yang dikatakan berpunca dari Provokasi Afiq Azmi

ATM Mengganas: Luka tembakan 2 kali

ATM yang sememangnya menjadi pasukan pilihan , dan saya memang tak berapa yakin yang selangor akan menang perlawanan ini. Boleh dikatakan ATM lebih kuat dengan adanya Marlon  Alex James, Hairuddin Omar, Brunno Marteloto, Sukur Adan, Rezal Zambri, Amir Rizwan Taj dan ramai lagi termasuklah  jurulatih power mereka  B Sathianathan. Mimpi ngeri skuad selangor bermula dengan jaringan mudah oleh Marlon pada awal permainan. Selangor terus luka dengan masalah kecederaan forky doe yang terpaksa keluar awal akibat kecederaan. Tempat beliau digantikan oleh Afiq Azmi yang bergandingan dengan Ramzul Zahini. Malam itu, Amri Yahyah tak dapat diturunkan kerana menerima kad merah pada perlawanan menentang Perak tempoh hari. Penyokong selangor terdiam dan tamatnya separuh masa pertama, adakah selangor akan bangkit seperti pahang.

Afiq Azmi Menanduk 2 kali

Masuk sahaja separuh masa kedua, selangor terus menyerang dengan serangan diketuai oleh sukur jusoh, sole dan veenod yang menjadi nadi utama skuad  red giants. Nampaknya k sole mahali dan asra bekerja keras naik turun untuk membantu jentera serangan selangor. Hasilnya Afiq Azmi menanduk masuk gol pertama selangor melalui hantaran k sole. Selepas itu, Afiq menanduk lagi kali ini dari hantaran lintang Asra untuk gol penyamaan Selangor. Keadaan terus terikat 2-2 sehingga tamat 90 minit. Nampaknya perlawanan terpaksa diheret ke masa tambahan.

Sukur Jusoh Di Layang kad Merah dan Masuk Kembali

Selangor diasak oleh ATM yang ternyata lebih berpengalaman dalam masa tambahan. Ternyata  wira pada malam itu  Norazlan  Razali banyak kali menyelamatkan tendangan dan serangan Hai-O dan Marlon. Sehinggalah sampai satu masa apabila Sukur Jusoh Dilayangkan kad merah, suasana mula menjadi genting kerana tidak puas hati. Insiden pergaduhan bermula, dan penyokong selangor menuduh Sukur Adan yang mula menolak Sukur Jusoh untuk keluar padang. Setelah beberapa lama membantah, akhirnya referee memanggil kembali Sukor Jusoh masuk ke padang. Ini kerana berlaku kesilapan teknikal akibat referee terkeliru nombor 8  dan nombor 6 jersi sukur dan nasriq. Tamat 120 minit, kedua-dua pasukan masih buntu untuk menyerah dan perlawanan diheret ke sepakan penalti.

Norazlan Selamatkan 3 Sepakan Penalti dan Menjadi Wira.

Norazlan membuktikan dia mampu bersaing untuk posisi penjaga gol malaysia apabila dia berjaya menyelamatkan 3 sepakan penalti ATM . Akhirnya Selangor menarik nafas lega apabila layak ke pusingan kedua dan akan bertemu  Sabah di Stadium Likas nanti.

Provokasi Afiq Azmi ?

Masih tidak puas hati lagi, ternyata selepas perlawanan berlaku lagi pergaduhan yang dikatakan berpunca dari provokasi wira selangor Afiq yang datang ke kem ATM. Memang suasana tegang dan berlaku juga sedikit tumbuk menumbuk. Apapun, kedua-dua pasukan akan membuat laporan rasmi kepada FAM tentang isu ini.

Comments

Popular Posts