Gajah Kena Sembelih Di Shah Alam

Gajah Kena Sembelih Di Shah Alam: Selangor Memadamkan Rekod Tanpa Kalah Pahang Di Shah Alam.


Setelah gua gagal pergi ke stadium tempoh  hari, pada tarikh 19 januari 2013, sempat juga saya bersama penyokong  the red giants ke stadium shah alam, dan menyaksikan sendiri gajah kena sembelih dengan gergasi. Keputusan perlawanan memihak kepada selangor menang 3-2, dengan rekod tanpa kalah skuad tok gajah di padamkan oleh anak buah Irfan Bakti. Haritu kiranya first game aku pergi stadium untuk tahun ini. Sory lah lambat buat ulasan, tapi ulasan tetap ulasan, nak buat jugak walaupun cerita nak basi dah.

Amri Yahyah menjaringkan 2 gol awal

Dua gerakan cantik dari Solehin kandasamy berjaya membuka ruang kepada Amri YahYah untuk gol pertama selangor, dan selepas itu gerakan dari forky doe dan raimee membuka peluang sekali lagi kepada amri untuk menjaringkan gol kedua. Ternyata Amri tetap berbisa dan menjadi ayam tambatan untuk selangor. Paling menggembirakan, Itu  King Gobal sudah panggil balik amri untuk menyertai skuad harimau malaya.

Pahang Menguasai Permainan

Pahang terus bangkit dari 2 gol dan berjaya  bangkit dengan menguasai permainan. Gol pertama hasil tandukan masuk oleh Fauzi Roslan yang makin berbisa dalam liga super. Gol kedua pula hasil dari sepakan penalti oleh bekas pemain selangor Razman Roslan. 2 gol penyamaan itu memang sudah boleh dijangka, kerana pahang mudah menguasai permainan dengan Amirul Hadi bekas pemain selangor bijak mengawal permainan. Ternyata amirul serasi dengan jurulatih dollah salleh yang meletakkannya di posisi defensive midfielder, dan terus dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan. Keputusan separuh masa pertama selangor terikat 2-2. Semuanya pasti menantikan adakah pahang akan bangkit seperti perlawanan menentang Darul Takzim FC sebelum ini.


tandukan pemusnah ramzul untuk kemenangan selangor
Tandukan pemusnah Ramzul Zahini (kredit kepada http://www.facebook.com/duniasukanonline)

Selangor Menggandakan Serangan

Selangor terus menggandakan asakan ke kubu tok gajah, dengan pahang sekali sekala menyerang. Dengan kesilapan pahang yang membiarkan selangor menyerang, akhirnya gol kemenangan di peroleh dari supersub selangor Ramzul Zahini pada minit ke 80 perlawanan. Pahang cuba mencari gol penyamaan tapi gagal untuk meneruskan rentak kemenangan. Selangor akhirnya berjaya mencalar rekod tanpa kalah skuad dollah salleh dengan kemenangan 3-2.




Comments

Popular Posts