Diet oh Diet - Stress Nak Diet

Diet oh Diet - Susahnya Nak Diet ? Jom ikut cara saya !!!

Salam sejahtera, diet oh diet, stress sangat ke nak diet ? Sebelum, anda tahu ke apa maksud diet  ini? Diet ni sebenarnya paling senanglah ialah amalam permakanan dalam bahasa melayu. Tapi, ramai juga yang salah tafsir, bila orang tak nak makan je, diorang cakap diet, bila orang tu puasa sunat je, orang tu cakap diet, bila orang tu takda  duit  nak makan, pun cakap DIET DIET DIET !!!. Apapun, diet ini penting untuk kesihatan, lagi lagi siapa yang nak kuruskan badan. Ingat, makan tu biarlah berpada-pada, silap silap kena penyakit. Oklah, jom kita tengok sedikit cerita diet ini.

1) Tak seronoknya menjadi gemuk

Inilah satu kenyataan yang  memang ramai tak mau mengaku, iaitu tak seronok nye badan gemuk. Anda perlu tahu, kurus belum tentu sihat, tapi GEMUK confirm tak sihat. Saya cadangkan anda memahami situasi sebenar anda, adakah anda rasa gemuk sebab apa ? makan terlalu banyak ? kurang senaman ? Tapi macam- macam cara anda boleh lakukan untuk kurus, dan yang paling penting sekali ialah AKTIF !!! Kita mungkin kerja sibuk, tapi dengan aktif bergerak sapu sampah semua, sekurang-kurangnya  boleh membakar kalori.




2) Perut buncit ialah petanda orang yang STRESS

Mengikut pendapat Dr Mehmet Oz  yang popula itu, perut  buncit ni jelas menunjukkan anda stress, dan kesihatan anda teramat tengganggu. Jadi, ingatlah kenalah jaga diet permakan, jangan malas malas, sebab malas ini ialah punca segala penyakit dalam badan kita. Kalu malas bersukan jadi gemuk, malas solat jadi jahat, malas kerja jadi miskin, dan sebagainya.



3) Kenapa Diet Anda Gagal

Oklah,bila dah tahu anda dah  mengalami berat badan yang melampau dan menghantui anda, anda cubalah nak berdiet, katanya ada yang tak makan nasi tengah-hari, ada yang ambil roti  sahaja diwaktu pagi, dan macam-macam cara lagi yang anda dengar. Mengikut kata  pakar  Shaklee, antara punca diet anda gagal ialah pelan diet yang anda ikut itu tak munasabah, susah nak ikut, dan menyebabkan anda rasa stress  sangat. Bila anda tak makan, anda rasa anda dah turun, tapi bila makan balik, berat anda naik mendadak. Situasi itu  dinamakan yoyo effect, dan benda ini selalu terjadi kepada orang yang gagal dalam berdiet.



4) Tips Diet Kevin Zahri - Makan nasi segenggam

Satu tips yang bagus dari kevin zahri ialah makan nasi segenggam sahaja, jangan lebih-lebih. Walaupun begitu, kevin zahri ini makan jugak nasi 2 kali sehari. Cuma biasalah, kenalah control makan,  tapi kalau  ada kenduri tu, janganlah segan -segan makan, kenalah gembirakan tuan rumah, nanti lepas makan banyak, kenalah senaman, dan detox badan tu sekali. Satu lagi tips menarik ialah komposisi makanan anda itu . Petua jejaka tampan ini ialah 55:30:15 untuk kaborhidrat, protin dan lemak.



4) Tips Sihat Irfan Khairi

Satu lagi tips dari Irfan Khairi jutawan muda yang  berjaya  dengan internet ini ialah pertama kena jaga berat badan, kedua makan sayur dan buah-buahan dan banyakkan gandum dan bijirin, dan yang terakhir ialah makan dengan kuantiti yang sedikit. Ingat, selalu kita ni makan 3 kali sehari, tapi makan tak ingat punya banyak. Antara yang paling bagus ialah makan 6 kali sehari, tapi biarlah sedikit. Seperkara lagi, jangan biarkan perut anda lapar, cuba alas dengan  biskut atau makanan yang mengandungi unsur fiber.

5) Tidur Cukup

Anda perasan tak bila anda tak cukup tidur, anda nak makan dengan banyak ? Selalu terjadi kepada saya, bila malam tu stay up lama nak update blog pasal shaklee, mulalah pagi tu nak makan banyak, petang pulak tak senaman, tak main bola, jadilah badan yang gemuk lagi montel. Mengikut  kajian, kita ada hormon lapar dan hormon kenyang. Kalau kita tidur cukup, hormon kenyang ini akan stabil, dan menyebabkan kita tak ambil sarapan yang berat. Tapi  kalau kita tak cukup tidur, hormon lapar ini akan meningkat dan menyebabkan kita rasa nak makan banyak.



6) Kongsi Makanan Dengan Anak

Kongsi kongsilah makanan kalau nak jaga badan. Biasanya saya suka kongsi makanan dengan anak saya, katalah kita makan nasi, separuh tu bagi kat dia makan. Anak saya yang comel ini, memanglah kuat makan, tak larat  saya dan wife  saya ainul mustafa nak suruh dia berhenti makan. Alhamdulillah dengan cara itu, saya takdalah nak makan banyak, dan dapatlah juga kawal berat badan ini.

Amalkan gaya  hidup sihat

Last sekali, sebelum mengundur diri, amalkan gaya hidup sihat, jangan stress dengan diet, belajar cara diet yang betul, ambil supplement, insyaallah anda akan sihat dan kurus. Yang paling penting juga jaga amalan rohani kita. Nanti kita bincangkan lagi tentang amalan rohani yang sebenarnya bagus untuk kesihatan kita. Sekian sahaja untuk kali ini.

Comments

Popular Posts