Bolehkah Ali Baba Sembuh Bila Makan AJHT ?

Satu sedutan dari filem Ali Baba Bujang Lapok, korang boleh tengok dari minit 13 terus, tengok tangan Ali Baba yang berbunyi-bunyi tu, adui nampak macam ngeri. Rasanya kalau makan AJHT boleh sembuh tak ?


ali baba bujang lapok pemalas



Oklah, pagi jumaat yang dimulakan dengan facebook dan blogging ni, saya nak beri jawapan saya , yang saya duk tanya kat group RMC, Soalan dia berbunyi :

1) Kenapa Awal tahun Shaklee buat promosi AJHT ?

2) Cuba tgk video di atas dari minit 13.00 sampai habis, hehe, kalau ali baba tu kita kasi AJHT boleh sembuh tak ?

Untuk menjawab soalan ini, saya akan tengok video ni dari mula sampai habis. Dari pengamatan saya, Ali Baba ni di gambarkan , memang pun sah pemalas, malas kerja, dok minta sedekah, dan sebagainya. Pastu ada ke dia buat alasan tangan lembik nak pergi kerja, memang tak boleh harap sungguh. Jadi bila dah tengok ni, saya pun terfikir, oh ok, baru aku faham falsafah disebalik AJHT ni, (hahaha orang duk nak makan, tak sangka vitamin pun ada falsafah jugak)




Jawapan 1

Secara dasarnya, tentulah SHAKLEE nak promote produk dia, hahaha, nak kasi laku, nak kasi semua orang tahu produk dia, pastu ramailah distributor ni dapat jual dengan banyaknya. Tapi itu bukannya falsafah, itu marketing. 

Cuba baca balik poster tu AJHT tu, "The Natural Way to Keep you Moving" . Tengok keywords paling penting kat sini, " MOVING" , moving tu bergerak, bermotivasi, maju kehadapan. Sempena tahun baru 2013 ni, kita kena bergerak kehadapan. Perkara yang dah lepas hanyalah sejarah dan tauladan dan pengajaran. Sebab tu SHAKLEE suruh kita bergerak maju, majukan diri kita, majukan perniagaan kita, majukan orang lain dan sebagainya. Kita perlu bergerak, dari yang baik kepada yang lebih baik. Takpun, kita kena bergerak keluar dari COMFORT ZONE, barulah kita akan dapat hasil yang lumayan. 

Jawapan 2

Tentunya Ali Baba boleh sembuh dari penyakit tangan berbunyi-bunyi ni. Tapi adakah dia betul betul sembuh dari penyakit utamanya. Penyakit utama ali baba tu bukannya tangan dia, bukanya sendi sendi yang reput tu, tapi penyakit itu ialah penyakit MALAS , dan penyakit ni, kalau kasi supplement biasa pun belum tentu pulih. Tapi supplement rohani boleh merawat penyakit utama ali baba ni. Sebagai kawan, sebagai insan, dan sebagai masyarakat yang prihatin, kita boleh membantu golongan ali baba ni untuk terus maju dan mengutip hasil yang lumayan. Ikhlaskan hati kita, tentu dia akan tersentuh dengan nasihat kita. Berdoalah kepada Allah, Allah yang menyembuhkan segala penyakit, bukannya ubat, shaklee, supplement dan sebagainya.

Apapun, terima kasih kepada Norliza Abd Wahab, Zana Adieyza dan master Hadhatina kerana sudi jawab soalan saya . Semoga kita terus MAJU, KEEP ON MOVING BEBEH !!!!

Comments

Popular Posts