Bersama Kanak-Kanak Shaklee

BERSAMA KANAK-KANAK SHAKLEE - 2012 YANG PENUH SUKA DUKA

Salam malam pukul 2 pagi masa saya tulis catatan ini. Nak habiskan semua kerja tulis blog ini. Oklah kita mulakan dengan sesi Bersama Kanak-Kanak Shaklee. Semuanya berlaku dalam tahun 2012. Rasanya memang sekejap je berlaku. Kanak-kanak ini mungkin ada yang tidak faham lagi perjuangan ibu bapa mereka yang inginkan mereka hidup senang di kemudian hari. Termasuklah aku, dari sekadar teman wife dan sekarang serius untuk menjayakan business shaklee kami. Sudah tentu kami akan melebarkan sayap kami serata dunia dengan platform shaklee.



JANUARY - JUN 2012

Ianya permulaan yang saya rasa agak kucar-kacir dengan sibuk sana sini, sibuk dengan pelajaran dan sebagainya. Tahun ini lah, bulan january bermulanya episod shaklee kami, dengan mendaftar dibawah mak kami Hadhatina MKB . Saya masih ingat lagi, pertama kali berkenalan dengan wanita ini dengan suaminya Mohd Kamarrul Bahrin. Semasa itu ada kelas blog di sara kids puchong. Saya hanya duduk bermain dengan kanak-kanak berlukis dan membuat bangunan dengan menggunakan buku. Masa itu juga, icha anak hadhatina, sampai tak mau balik sebab nak main dengan pakcik superdads. Sejak itu juga, saya rasakan, business kali ini lebih menarik, tak perlu lagi tinggal anak sampai tengah malam semata-mata nak pergi kelas dan temu janji. Ianya hanya meningkat jualan semata-mata, dan anak-anak kami datang sendiri dan mereka akhirnya berjaya membuat sales.

JULY - DECEMBER 2012

Perjalanan dunia perniagaan kami terus berjalan, walaupun saya mengalami masalah dalam bidang penyelidikan di UM, saya tetap terus menyokong isteri membantunya mencapai impiannya. Alhamdulillah, setelah keluar dari comfort zone kami, akhirnya income 5 angka untuk kami. Kami mencuba pelbagai teknik marketing, dan akhirnya kami berjaya dan banyak membantu orang lain untuk berjaya. Masuk juga bulan september, saya mengambil keputusan untuk terus terjun dalam Shaklee. Saya mengambil bahagian sekali dalam setiap perbincangan, dan akhirnya membuka page Sihat Cergas di facebook dan blog saya sekarang ini. Alhamdulillah, sekarang ini ialah masa untuk mengukukuhkan business kami, yang kadang kala ada pasang surut naik turun. Semua itu lumrah kehidupan, dan saya sukakan cabaran dalam perniagaan. Kami yakin, Allah s.w.t. sahaja yang mampu menolong kami, bernafas terus dan akan terus maju dalam business ini.

HARAPAN 2013

Terus maju dan terus kukuh, akan terus bersama isteri Ainul Mustafa maju dalam perniagaan, dan dapat membantu seramai mungkin ahli masyarakat yang ingin keluar dari bebanan wang. Selain itu kami nak jadi lebih baik, lebih bersedekah, dan lebih mendekati Allah. "Master Coordinator shaklee, datanglah kau kepada kami".

Comments

  1. Salamni entry untuk bro. thanks sebab sudi jadi follower saya. http://mawardiyunus.blogspot.com/2013/01/followers-mingguan-6.html

    kalau sudi mohon like page ni ye :) https://www.facebook.com/IstilahMinda

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts