Apakah Hubungan Kelantan dan Blackburn ?

Isu mat yo dengan perpindahan nya dari kelantan ke darul takzim FC masih takda penghujungnya. TSAM memang marah betul, sebab pampasan kontrak belum lagi dilunaskan, dan satu perkara yang aku paling bengang ialah bagaimana FAM boleh menentukan jumlah pampasan dan status pemain tanpa merujuk kepada kelab lamanya. Apapun, kalau mat yo takda pun, itu bukan masalah KELANTAN untuk terus maju dalam bolasepak negara malah ke peringkat yang lebih tinggi lagi.


isu mat yo

BLACKBURN ROVERS FC

Kelantan telah mengorak langkah lagi dengan memperkenalkan kelab penyokongnya diluar negara, di london sana. TSAM yakin kerana kelantan boleh diminati di seluruh dunia. Dan tak lupa juga, kelantan telah bekerjasama dengan Blackburn rovers FC untuk kepentingan kedua-dua belah pihak. Apapun, Shebby Singh pun dah jadi penasihat Blackburn, senanglah Kelantan nak pau sorang dua player sana. Lebih menguntungkan lagi, pemain kelantan dapat juga peluang berlatih di london sana nanti. Jangan lupa, Blackburn pernah menang EPL dulu, masa tu Alan Shearer lah power. 

STATUS TSAM

Oklah, aku seronok baca status TSAM dengan isu panas Mat Yo yang katanya tak dapat lagi surat perpindahan kelab. Rasanya kalau report kat FIFA, lingkup liga malaysia nanti. Sama-samalah kita tunggu jawapan FAM hahahahaha.

Comments

Popular Posts