Apa Yang Terjadi Bila Megadeth Dan Harmonica Bergabung ?

Ganasnya gambar kat atas ni hoooo. Salah satu dari Big4 yang aku minat, sebenarnya semua Big 4 aku minat. Kiranya aku memang selalu naik kereta bebaru ni, akan pasang cd megadeth dalam kereta layan, kekadang wife pun terpaksa head banging sekali. Sebenarnya MEGADETH ni dah tukar lineup banyak kali, tapi kat atas ni lah line up paling mantap dalam sejarah hidup aku sebagai peminat kumpulan THRASH METAL ni. Ramai kata album RUST IN PEACE album terbaik megadeth, thrash metal klasik, macam journal high impact nye. Bagi akulah, aku prefer album COUNTDOWN TO EXTINCTION sebagai album terbaik mereka. Lagu dalam album ni lebih tersusun, walaupun slow skt metalnya dari RIP. Ianya juga banyak unsur politik dan masalah sosial yang berlaku di AMERIKA sana.




YOUTHANESIA

Oklah, setelah introduction ni, aku nak ceritalah sikit. Antara sebab aku suka band ni, ialah masa lineup ni, diorang telah bereksperimen dengan alat muzik HARMONICA. Kiranya, dulu memang rock n roll banyak guna blues harp ni untuk lagu. Contoh paling ketara ialah band AEROSMITH yang banyak sound harmonica. Tapi aku lebih gemar cara megadeth bergabung dengan harmonica. Ianya bermula dari album megadeth berjudul YOUTHANESIA. Ada dua lagu yang memuatkan pemain harmonica yang bernama JIMMY WOOD. So lagu yang terlibat ialah Train of Consequences dan Elysian Fields. Solo harmonica dalam lagu ni tak banyak, cumanya aku suka cara megadeth yang mantain dengan riff metal, dan solonya ialah harmonica yang diamplified.

CRYPTIC WRITINGS

Selepas kejayaan youthanesia, megadeth berkolobrasi dengan jimmy wood untuk satu lagu lagi dalam album mereka CRYPTIC WRITINGS. Kalini, lagu Have cool will travel lebih bluesy, tapi ada juga riff metal yang catchy dan blues. Apapun, kalini jimmy diberi lebih banyak kebebasan untuk menunjukkan kreativitinya. Sambil melakukan adlib, solo dalam laguni adalah gabungan solo guitar mustaine,friedman dan jimmy sekali. Lagu ni tetap enjoy sebab sungguh rancak dan metal yang keras. Lepastu, megadeth dah main thrash metal balik yang asli, takda lagi eksperimental. hmmm. Apapun, penangan jimmy wood tetap melekat dengan MEGADETH. 


Comments

Popular Posts