Thailand vs Malaysia Piala AFF Suzuki 2012 2nd leg

Fuhh, tahniah Singapore sebab menang kejuaraan AFF tahun ni, dengan menjadi pasukan paling banyak menang piala dengan 4 kejohanan, dan juga pasukan yang ramai orang luar masuk jadi player. Apapun, saya tengok Malaysia main haritu memang hancur. Passing semua out, harapkan mat yo lari kejar bola, memang tak smart. Midfield kita hancur lebur, dan yang paling sedih, kita bermain bertahan, sepatutnya kita menyerang sebab kita perlukan gol.


piala aff  suzuki 2012

Bila kita tengok balik, kalini winfred shafer lebih bijak, dia dapat analisa macam mana nak robek midfield kita. Ketiadaan wan zack, shakir, dan garry telah memincangkan lagi midfield. Safiq rahim, amar dan badrol, tenyata gagal mengimbangi kekuatan midfield thailand yang lebih berpengalaman.

Aku rasa, kita tak perlu salahkan referee yang berat sebelah tu, kalau kita main macam hampeh jugak. Rasanya rajagobal tak belajar cerita macam mana nak buat counter attack bila dah kena tekan teruk. Aku rasa korang tentu ingat macam mana john terry kena buang masa lawan barcelona haritu. Tapi chelsea dengan tenang boleh je score satu gol, hasil passing cantik lampard kepada ramires. Contoh lain pulak bila passing terbaik dari mesut ozil kepada ronaldo yang menjaringkan gol kemenangan real masa lawan barcelona.

Tapi sayangnya, syafiq tenyata gagal, passing dia semuanya longball, dan tak berfaedah langsung. Tak boleh control ball, passing tak tepat. Aku rasa irfan bakti antara yang terpandai buat teknik counter attack. Aku ingat lagi 3 pair terengganu yang bahaya, manaf, ashaari dan joseph. Tiga corak rangkaian diorang masatu memang bahaya bila buat counter attack. 

Apapun, semua pemain bintang, tak menyinar. Sayang sekali. Apapun aku tahu, dalam edisi kalini, saya memilih Mahali Jasuli sebagai pemain terbaik Malaysia. Berapa banyak serangan dan gol berpunca dari dia. Wan Zack juga terbaik , tapi sayang dia injured masa latihan, beruntung thailand time tu, kalau tak liat jugak defends. Aku rasa lepas ni Farizal sudah bersedia merampas kedudukan penjaga gol malaysia dari Apek. 

Selepas ni, Malaysia akan menghadapi kelayakan piala Asia. Memang sukar, tapi kalini dengar cerita King Gobal akan bergabung dengan OKS untuk memilih pemain yang benar benar menyinar dan mampu untuk membawa cabaran Malaysia. Rasanya First Eleven pilihan saya ialah

1) Farizal
2) Subra
3) Fazli Shaas
4) Mahali
5) Zubir
6) Piya
7) Shakir
8) Wan Zack
9) Indra
10) Nazmi faiz
11) Mat yo

Comments

Popular Posts