Keputusan Piala AFF Suzuki 2012 Malaysia vs Thailand First Leg


Salam sejahtera, ramai sangat semalam pergi stadium tengok bola malaysia lawan thailand. Sayangnya Malaysia sekadar seri satu sama, dan kelebihan tentunya milik thailand yang mendapat satu gol ditempat lawan.


piala aff suzuki 2012

MENGHIBURKAN

Kiranya perlawanan ini memang menghiburkan. Malaysia bermain dengan formasi 4-5-1 berjaya mengekang bahagian tengah thailand yang nyata memang kuat dan berbahaya di separuh masa kedua. Apapun kalini mat yo berjaya meledak gol pertamanya untuk edisi kali ini dengan menanduk masuk hantaran lintang mahali jasuli. Sekali lagi, mahali berjaya mencipta gol untuk malaysia. Thailand pula selepas itu berjaya menyamarkan kedudukan pada minit ke 80 dengan tandukan cantik yang tak terjangkau oleh farizal marlias. Selepas menonton perlawanan tersebut admin rasa ada beberapa komen dari pandangan sendiri tentang perlawanan tersebut:

1) FORMASI 4-5-1

Ternyata formasi ini berjaya, dengan mengorbankan satu striker , memang ternyata kita boleh menghalang pergerakan thailand dari tengah lagi, dengan garry dan amar rohidan bertindak sebagai defendsive midfielder. Apapun , kelibat mereka berjaya untuk defends, tapi tidak berjaya counter balik bola ke syafiq rahim untuk serangan balik. Untuk game akan datang, shakir yang tidak cedera boleh bergandingan dengan syafiq dan garry untuk midfield yang lebih mantap.

2) KEHILANGAN WAN ZACK HAIKAL

Ternyata kecederaan wan zack merencatkan serangan malaysia. Alex sering kali hilang bola dan lambat untuk melakukan hantara atau passing kepada lawan. Nasib baik mahali jasuli sentiasa membuat overlapping, dan ternyata hantaran tepat mahali sentiasa membawa padah kepada lawan, dan gol dapat dicipta melalui tandukan Mat Yo.

3) TUKARAN FORMASI KE 4-4-2 MENGHADIAHKAN GOL KEPADA THAILAND

Saya nampak pertukarang formasi dengan memasukan kunalan dan safee memberi kelonggaran pada bahagian tengah. Ternyata pemain thailand yang melakukan free header tidak di kawal. Kalau ada 2 defendsive midfield, tentu boleh mengawal pemain tersebut, dan memudahkan lagi kerja aidil dan fazly shas untuk mengawal pemain berbisa Thailand.

4) PERLUKAN USAHA LAGI

Misi di Thailand tentu sukar, dengan Thailand hanya perlu seri untuk layak ke final. Malaysia perlu gandakan usaha untuk mendapatkan gol awal di Thailand. Selain itu saya rasa formasi 4-5-1 perlu diteruskan dengan membawa shakir jika dia cergas untuk bermain.

Comments

Popular Posts