Farizal Marlias VS Khairul Fahmi Che Mat

Salam sejahtera. Belum sunyi lagi dari isu Malaysia kalah kepada Thailand dalam separuh akhir piala AFF SUZUKI 2012. Apapun semuanya menuduh sana-sini kesilapan yang dilakukan. Apapun debat penjaga gol Malaysia pun menjadi perbualan hangat. Setelah Malaysia kalah 0-3 kepada singapura, apek terus hilang tempat, dan digantikan oleh farizal. Apapun jom baca ulasan aku tentang kedua-dua penjaga gol ini.


penjaga gol malaysia

1) Dari segi bolos, boleh dikatakan kedua-duanya tidak boleh dipersalahkan . Ini kerana masalah sebenar Malaysia ialah dari segi pertahanan yang sering melakukan kesilapan dan membuka ruang untuk menjaringkan gol.

2) Ternyata rekod menunjukkan Apek lebih cemerlang, dan lebih berpengalaman kerana berjaya menjadi hero ketika piala aff 2010 dan juga sea games 2011.

3) Kesilapan apek yang terbesar ialah tidak fokus. FAM sebenarnya perlu melarang pemain dari membuat sebarang sidang media peribadi kerana boleh menjejaskan tumpuan pada permainan. Hasilnya, lihat pada game menentang singapore.

4) Farizal nampaknya sudah bersedia untuk menggantikan apek. Dia selalu juga diturunkan semasa perlawanan persahabatan. Selepas berjaya dengan perlawanan dengan laos, ternyata farizal terus selesa dan lebih sesuai diturunkan kerana keyakinannya amat bagus ketika itu.

Farizal yang akan bersama dengan Perak dan Apek setia bersama kelantan, akan berlawan sesama sendiri bagi merebut tahkta penjaga gol utama Malaysia. Dua-dua still bagus, yang tak bagus, keseluruhan midfield dan defends.

Comments

Popular Posts